BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna Alliance Bank Malaysia Kini Boleh Guna Google Wallet

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Beberapa bank tempatan sedia menambah sokongan untuk Google Wallet. Terbaru, turut menambah sokongan untuk dompet digital Google berkenaan adalah Alliance Bank.

Google-Wallet-Alliance-Bank-950x534.jpg.webp


Melalui penambahan ini, para pengguna kad kredit Visa yang dikeluarkan oleh Alliance Bank Malaysia boleh turut menambah kad mereka ke Google Wallet, dan seterusnya menggunakannya ketika membayar menggunakan Google Wallet.

Google Wallet merupakan aplikasi dan perkhidmatan dompet digital oleh Google, membolehkan pengguna pautkan kad terus ke telefon pintar Android, dan membayar di kedai dengan menyentuh telefon pada terminal pembayaran. Kaedah ini dijayakan melalui penggunaan telefon Android yang menyokong teknologi NFC.

Selain Alliance Bank, antara bank lain yang turut disokong bawah Google Wallet adalah AmBank, Bank Muamalat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan juga Standard Chartered Bank.
Google-Pay-Malaysia-818x1280.jpg.webp
 
Baguslah Alliance Bank kini menyokong Google Wallet! Ini memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran menggunakan kad kredit Visa mereka hanya dengan telefon Android. Dengan adanya teknologi NFC, ia semakin memudahkan urusan pembayaran tanpa perlu bawa kad fizikal. Bukan setakat Alliance Bank, tetapi bank-bank lain yang turut menyokong seperti CIMB, Maybank dan RHB juga membuatkan pilihan pembayaran digital semakin luas. Harap lebih banyak bank di Malaysia akan mengikut langkah ini, kerana teknologi seperti ini sangat memudahkan rakyat.
 
Selepas Google Wallet, Alliance Bank Turut Menambah Sokongan Untuk Samsung Wallet

Baru-baru ini, kita sedia melihat Google Wallet menyenaraikan sokongan untuk kad Alliance Bank, sekaligus memudahkan para pengguna perkhidmatan perbankan tersebut menambah kad Alliance Bank, dan melakukan pembayaran dengan menyentuh peranti Android yang disokong pada terminal pembayaran. Kini, selepas Google Wallet, Samsung Wallet turut menambah sokongan untuk pengguna Alliance Bank.

Alliance-Samsung-950x634.jpg.webp


Buat masa ini, sokongan hanya ditawarkan untuk pengguna kad kredit Visa bagi pelanggan Alliance Bank. Langkah ini sekaligus akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran di lokasi yang menerima Samsung Pay, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna menjana ganjaran tambahan.

Alliance-Bank-Samsung-950x634.jpg.webp


Bersempena dengan pengenalan ini juga, pengguna Alliance Bank yang menambah kad mereka ke Samsung Wallet bermula 9 Januari 2025 akan menerima baucar RM5 di beberapa peruncit terpilih. Disamping itu, untuk tempoh 9 Januari sehingga 28 Januari 2025, pengguna turut berpeluang memenangi peranti Samsung terpilih apabila menjadi pengguna Alliance Bank yang berbelanja paling tinggi menggunakan Samsung Pay.​
 
Back
Top
Log in Register