BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CIMB Minta Pengguna Google Pay Guna Kad Fizikal Mastercard Untuk Transaksi Lebih RM250

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
CIMB kini telah mengeluarkan notis baharu khusus untuk pengguna Google Wallet yang menggunakan kad kredit CIMB Mastercard. CIMB meminta pengguna yang menggunaka kad kredit CIMB Mastercard untuk menggunakan kad fizikal untuk pembayaran melangkaui RM250. Ini sekaligus memperlihatkan pengguna Google Wallet atau Google Pay perlu menggunakan kad fizikal untuk transaksi lebih RM250 dan tidak boleh menggunakan pembayaran secara maya atau digital.
1768380230597.png

Pada awalnya, CIMB merancang untuk memperkenalkan ciri pengesahan menggunakan imbasan wajah, cap jari atau kod laluan dompet digital untuk transaksi melebihi RM250. Namun, ciri berkenaan kini dilihat tertangguh, dan pengguna perlu menggunakan kad fizikal untuk transaksi melebihi RM250, dan tidak boleh menggunakan Google Pay buat masa ini. CIMB mengatakan mereka akan berkongsi kemaskini lanjut berkenaan Google Wallet untuk CIMB ini – namun tidak menyatakan sebarang latar masa untuknya.​
 
Sebelum ..

Transaksi Google Pay CIMB Melebihi RM250 Tidak Lagi Memerlukan PIN Mulai 25 Mac 2025
CIMB
mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini kaedah transaksi Google Pay. Bermula 25 Mac 2025, sebarang transaksi Google Pay menggunakan kad kredit CIMB Mastercard yang melebihi RM250 tidak lagi memerlukan pengesahan kad PIN. Sebaliknya ia akan diganti dengan imbasan wajah (Face ID), cap jari atau kod laluan dompet digital (Google Wallet). Ini bermakna proses pembayaran kelak menjadi lebih mudah dan cepat bagi semua pengguna.
1768380333778.png

Untuk konteks, sistem pembayaran digital ini mula ditawarkan di Malaysia sejak November 2022. Ini juga merupakan kemaskini baharu selepas CIMB mengumumkan aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025. Justeru mereka yang masih menggunakan aplikasi berkenaan disarankan untuk beralih ke CIMB OCTO dengan kadar segera dalam memastikan urusan perbankan yang lancar.​
 
Back
Top
Log in Register