BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Transaksi Google Pay CIMB Melebihi RM250 Tidak Lagi Memerlukan PIN Mulai 25 Mac 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
CIMB telah mengemaskini kaedah transaksi Google Pay. Bermula 25 Mac 2025, sebarang transaksi Google Pay yang melebihi RM250 tidak lagi memerlukan pengesahan kad PIN. Sebaliknya ia akan diganti dengan imbasan wajah (Face ID), cap jari atau kod laluan dompet digital (Google Wallet). Ini bermakna proses pembayaran kelak menjadi lebih mudah dan cepat bagi semua pengguna.

CIMB-Octo-950x535.jpeg.webp


Untuk konteks, sistem pembayaran digital ini mula ditawarkan di Malaysia sejak November 2022. Ini juga merupakan kemaskini baharu selepas CIMB mengumumkan aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025. Justeru mereka yang masih menggunakan aplikasi berkenaan disarankan untuk beralih ke CIMB OCTO dengan kadar segera dalam memastikan urusan perbankan yang lancar.​
 
Back
Top
Log in Register