BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna Kini Boleh Buka Akaun Bank Islam Melalui Aplikasi BIMB Mobile

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Bank Islam kini memudahkan urusan pembukaan akaun melalui aplikasi BIMB Mobile, membolehkan pengguna mendaftar terus dari telefon pintar tanpa perlu mengisi borang atau beratur panjang di kaunter. Melalui BIMB Mobile, pengguna boleh memilih jenis akaun yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Antara pilihan yang ditawarkan termasuk Qard Savings Account-i dengan deposit RM100 dan Basic Savings Account-i dengan deposit RM20.
1763014542596.png

Untuk pembukaan akaun, pengguna perlu mempunyai MyKad dan melakukan proses di ruang yang terang dan cukup cahaya bagi memudahkan proses pengesahan wajah. Deposit awal perlu dibuat melalui Online Banking Wallet menggunakan akaun bank Malaysia atas nama pengguna sendiri.
1763014560686.png

Namun begitu, bagi yang tidak mempunyai mana-mana akaun bank Malaysia, pembukaan akaun masih perlu dilakukan di cawangan Bank Islam terdekat. Bagi pelanggan sedia ada, Debit Card-i akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. Sementara itu, pelanggan baharu buat masa ini perlu mengambil Debit Card-i di cawangan pilihan semasa pembukaan akaun. Muat turun aplikasi BIMB Mobile melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi BIMB Mobile.​
 
Back
Top
Log in Register