BTC USD 84,739.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian Islam

apsal aku rasa CG makin pelik jer sekarang ni??
 
aku ada perasaan yg tak enak lah...

tapi abaikan... pulau tenggol ... mana kau

aku disini ya syeikh..ko beritahu skit asas2 agama islam step by step kat tt...tt dh dapat petunjuk tue cuma kene bagi sokongan kat die...:)paid
 
Peace be on tt..:) saya cadangkan tt lihat video nie. penceramah
name die ustaz farhan. dulu bekas ketua paderi kat sabah.namun
hidayah Allah maha luas.dan seorang demi seorang ahli keluarga dia
memeluk islam selepas itu.

Gud luck tt.Sesungguhnya jika seorang hamba Allah itu ikhlas
mencari kebenaran maka ia akan beroleh petunjuk dan hidayah
tersebut.. :)

http://www.youtube.com/watch?v=eoJbXzHVECA

selamat menonton~
 
Salam semua.. Untuk pengetahuan rakan2 CG sekalian, sy bukannya seorang Islam, tapi sy ingin mengenali Islam ini secara mendalam :)

Sy kongsikan bersama rakan2 CG sebagai ingatan kita bersama apa itu pengertian Islam :)

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.


Oleh sy sendiri, fantaghiro @ Rachelina Matthew



bukan ko copy paste dari sini?
http://ms.shvoong.com/books/1750605-pengenalan-islam/

http://annur-shuhada.blogspot.com/2010/10/pengenalan-kepada-islam.html
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register