BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian Islam

alhandulillah..semoga TT terbuka hati utk mendalami Islam dgn lebih dekat.. :)
 
salam dan selamat pagi..

kalau tt nak tahu tentang ISLAM cuba tt berkawan ngan orang ISLAM yg betul2 amal cara ISLAM.. insyaAllah (dengan izin Allah) tt akan faham apa yg sebenarnya ISLAM itu :)

p/s : tt jangan pula pakai pakaian mcm dlm avatar tue.nanti dia takut/malu pula.Kerana mereka yg betul2 amal ISLAM mereka rasa malu/takut apabila lihat aurat(bahagian badan yg sepatutnya ditutup) wanita/lelaki. :)
 
salam dan selamat pagi..

kalau tt nak tahu tentang ISLAM cuba tt berkawan ngan orang ISLAM yg betul2 amal cara ISLAM.. insyaAllah (dengan izin Allah) tt akan faham apa yg sebenarnya ISLAM itu :)

p/s : tt jangan pula pakai pakaian mcm dlm avatar tue.nanti dia takut/malu pula.Kerana mereka yg betul2 amal ISLAM mereka rasa malu/takut apabila lihat aurat(bahagian badan yg sepatutnya ditutup) wanita/lelaki. :)


terima kasih awk :) sy akan cuba berubah nanti, mungkin sy perlukan masa..
 
slmt pg...
alhamdulillah ada niat 2....
carilah guru y betul2 dpt memberikan gambaran islam y sebenar utk tt...
 
Salam semua.. Untuk pengetahuan rakan2 CG sekalian, sy bukannya seorang Islam, tapi sy ingin mengenali Islam ini secara mendalam :)

Sy kongsikan bersama rakan2 CG sebagai ingatan kita bersama apa itu pengertian Islam :)

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.


Oleh sy sendiri, fantaghiro @ Rachelina Matthew

Wah... bagus lah TT... banyak tahu pasal Islam ni...

Itulah maksud Islam yg sebenarnya iatu 'AMAN' atau 'SEJAHTERA'

Umat Islam sebenarnya patut bertanggungjawab utk sejahterakan seluruh manusia diatas muka bumi ini dan segala makluk yg ada...

Tapi jika itu tak berlaku, bukan salah Islam tapi salah orang Islam itu sendiri yg kurang faham tentang Islam... :D
 
hi sis

syukur terbuka minda sis untuk memahami pendekatan islam
islam itu mudah.. terima dengan fikiran terbuka..
 
Islam

Alif = Allah
Sin = Salam (sejahtera)
Lam Alif = La Ila Ha Illah
Mim = Muhammad Rasulullah

bererti .. Allah mensejahterakan (kepada sesiapa) yang mengucapkan Dua Kalimah Syahadah) iaitu agama yg Allah sejahterakan.
 
Back
Top
Log in Register