BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengawal Keselamatan Mengaku Tidak Bersalah Ceroboh Tanah Persendirian

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14164944981081445-371177.jpg

14164944981081445-371178.jpg

14164944981081445-371179.jpg

14164944981081445-371180.jpg


Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah persendirian


SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pengerusi sebuah kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menceroboh tanah persendirian tahun lalu.

M Paramaguru, 49, yang juga pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.


Dia yang memakai baju T berwarna putih dan berseluar lokap jingga, didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim mencadangkan lelaki itu diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Darshela Hari Raja yang mewakili tertuduh, merayu diberi jaminan pada kadar minimum kerana perlu menyara bayi berusia 11 bulan dan seorang lagi anak enam tahun bersama isteri yang juga suri rumah.

Menurutnya, anak guam tidak mempunyai rekod lampau dan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis sejak ditahan.

"Dia tidak akan melarikan diri kerana mempunyai pekerjaan dan ahli keluarga di sini malah mematuhi arahan untuk hadir ke mahkamah, pada tarikh yang ditetapkan," katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Khairatul Animah membenarkan lelaki itu diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac depan untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, tertuduh ditahan di rumahnya di lokasi sama pada jam 3.30 petang Ahad.

Media turut melaporkan, pemilik tanah persendirian terbabit, telah memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan kuil berkenaan supaya mengosongkan tanah yang diduduki secara haram.

Artikel : Sinar Harian
 
ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh kawasan tanah milik individu di Dengkil, Sepang pada 19 Jun tahun lepas.

M Paramaguru, 49, yang juga pengerusi di sebuah kuil didakwa melakukan kesalahan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan tanah milik Suhaili Ahmad tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun 2025, kira-kira 4.45 petang.

Paramaguru didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Khairatul Animah Jelani membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim manakala tertuduh diwakili peguam H Darshela.

 
Back
Top
Log in Register