TT, ni cerita kakak saya ya.
2 kali da ke hospital nak ambik baby, last2 si ibu tak benarkan. kakak saya sedih je balik semula ke melaka. baby tu satu kat KL, satu kat Sg Buluh.
alhamdulillah akhirnya dapat jugak sorang baby. expected girl, bila keluar boy. saya yang pegi amik baby kat HKL dan hantar ke Melaka. masa ambil, saya siapkan surat perjanjian dgn si ibu, benarkan kami ambil baby, kemudian ada tandatangan parents si ibu. ibu ni beranak luar nikah, jadi kena ada izin ibu bapa si ibu.
lepas tu, kakak dan abg ipar saya pergi ke JPN, buat surat penyerahan hak sementara secara rasmi. lepas 2 tahun bela baru boleh buat surat pengambilan anak angkat. masa jumpa JP, JP bagitau sbnrnya dalam masa 2 tahun pertama tu, kalau si ibu decide nak amik balik baby tu, parents angkat kena pulangkan tanpa apa2 bantahan. yg tak boleh amik adalah selepas 2 tahun, lepas da ada surat anak angkat tu.
jadi, kami bincang baik2 dgn keluarga si ibu, explain elok2 kat mak ayah si ibu. diorg pun setuju, dlm dua tahun ni si ibu takkan dpt jumpa baby dia. cuma saya selalu jugak la mms pic baby kat mak ayah si ibu, utk diorg tau kami takkan lupa siapa keluarga kandung baby. terpaksa buat mcm tu, sebab si ibu selalu kena tekan dgn bf dia (ayah baby) suruh mintak duit kat kami or amik balik baby, pdhal dia xde hak langsung kat baby tu, sbb diorg x bernikah pun. masa ambil baby kami bg duit saguhati, memikirkan maybe diorg nak bernikah dan juga tanda simpati, si ibu da bersalin dan kena berpantang tp xde baby.
yg saya tau skrg si bf da tinggalkan ibu baby, dan ibu baby takde sebut or tanya psl baby lagi.
ini kisah ambil anak angkat direct dr si ibu, tanpa melalui permohonan JKM. kalau mohon thru JKM, prosedur lebih ketat dan lama. ada org kata jgn ambil anak luar nikah, kerana nak jaga nasab, tp saya pulak selalu fikir, apa la nasib baby2 ni kalau xde org nak adopt mereka. baby semua mcm kain putih, kita yang kena didik baik2 dan selalu doakan mereka jd insan yg beriman, insya Allah.
hrp2 TT dapat anak angkat ya.