BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pengalaman


sekarang ni ade bengkel yang nak lari drpd org wat aduan.. mase nk byr diorg akan tanye nak bil ke x? klu nak bil, charge tambahan 5% dikenakan.. apakah motif die wat cmtu?? mmbr aku ckp nk elak drp aduan.. then klu ape yg diorg baiki rosak semula.. customer xleh tunjuk bukti.. btol ka???
 
resit2.jpg


perghh getah driveshaft boot tu giler mahal.....fuel filter pon mahal...
 
ambil pengajaran dan iktibar dari pengalaman
 
Last edited:
salam...just nak tanya, kalau ikut pada citer ni, aku rasa paling cepat pun 6 bulan punya citer ni..sebab nak bawak kes ke tribunal tuh leh tahan gak nak ambik masa...
 
ambil pengajaran dan iktibar dari pengalaman
 
Last edited:
pada 4hb Ogos 2011, jam 9 pagi bertempat di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (Baru),Aras G, Zon A, Wisma Persekutuan,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Bandar Muadzam Shah,06550 Alor Setar,Kedah. Akan dijalankan perbicaraan saya menentang kedai TIREZONE SDN BHD.mari datang beramai-ramai untuk menyokong saya menentang penipu!

Ni pun saya masih menunggu apa maklum balas pihak tribunal kerana pihak penentang dengan sengaja tidak menghantar BORANG 2 iaitu borang pihak penentang untuk membela diri sedangkan mereka sudah pun submit dekat tribunal. takut saya tau apa yang depa muhung mengenai saya..tapi saya sudah pun bersedia kerana Tribunal sentiasa kemaskini data kes tuntutan saya di laman web tribunal dengan segera.

ini antara maklumbalas penentang:

tirezone1.jpg


tirezone2.jpg


dan ini adalah maklumbalas yang saya sediakan untuk hari perbicaraan khamis ini:

Merujuk kepada maklum balas pihak penentang, disini saya sertakan beberapa fakta untuk membela diri saya.

Maklum balas:

1. Pihak TIREZONE tidak memberitahu kepada saya yang mekanik bercuti pada 25hb Mei 2011 pada perkara 1, saya hanya di maklumkan yang kerja-kerja servis tidak dapat dilakukan pada hari tersebut kerana hari sudah petang dan hanya akan dijalankan esok.

2. Fakta perkara 2 lampiran pihak penentang tidak benar sama sekali kerana enjin kereta saya masih berfungsi dengan baik kerana 2 minggu sebelumnya saya sudah pun menjalankan pemeriksaan terhadap enjin kereta saya di salah sebuah bengkel di Kampung Bahagia, Jalan Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah. Telah di sahkan enjin kereta saya masih dalam keadaan baik dan pihak bengkel hanya perlu menukar bahagian ALTERNATOR enjin kereta saya kerana tidak berfungsi dengan baik untuk menjadi pengecas antara enjin dan bateri.

3. Untuk perkara 3 dan 4, saya langsung tidak menerima sebarang panggilan dari pihak TIREZONE mengenai masalah enjin kereta atau meminta persetujuan daripada saya untuk menukar barang yang rosak serta harga barang tersebut seperti yang dinyatakan pihak TIREZONE menghubungi saya dua kali pada 27hb. MEI 2011.Sedangkan saya hanya di hubungi sekali pada 26hb. Mei 2011 di nombor +60164608005 pada jam 5.27 petang, tetapi di jawab isteri saya kerana ketika itu saya sedang memandu, isteri saya mohon untuk menghubungi TIREZONE semula selepas kami sampai ke destinasi, tetapi di sebabkan hari sudah lewat malam, saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri untuk bertanyakan apa tujuan TIREZONE menghubungi saya pada 27hb Mei 2011. Dan seperti yang saya jelaskan di lampiran Borang 1 perkara ke 3, saya telah ke TIREZONE dan saya dimaklumkan kereta saya tidak mempunyai sebarang masalah dan servis tidak dapat dilakukan kerana mekanik demam. Jadi pada 27hb Mei 2011, saya tidak langsung di hubungi pihak TIREZONE seperti yang dinyatakan.

4. Untuk perkara 5, saya hanya di hubungi pihak TIREZONE pada 29hb Mei 2011, pada jam 12.49 Petang di nombor +6012513998 yang menyatakan kereta saya siap di servis dan langsung tidak memaklumkan kepada saya yang enjin kereta saya menghadapi sebarang masalah. Pihak TIREZONE langsung tidak memberitahu kenapa jumlah yang saya perlu bayar sebanyak RM1252. Ketika di TIREZONE pun saya tidak dimaklumkan sebarang masalah pada enjin kereta, saya hanya dimaklumkan yang Distributor dan Cable Plug terpaksa di tukar kerana sudah rosak apabila saya sendiri yang bertanya kepada pekerja TIREZONE kenapa tertera penukaran Distributor dan Cable plug di resit.

5. Pihak TIREZONE hanya menyatakan enjin kereta saya berkemungkinan perlu di Overhaul kerana ada rasa semput sedikit tetapi pada masa yang sama ada menyatakan enjin kereta saya memang dijaga baik oleh saya. Dan saya memang bersetuju dengan enjin kereta saya dalam keadaan baik sebab saya amat teliti dalam penjagaan enjin kereta wira saya, sentiasa melakukan pemeriksaan enjin setiap bulan, penukaran minyak enjin mengikut jadual dan menukar bahagian-bahagian tertentu enjin kereta saya dengan alat ganti baru agar tidak mengganggu kelancaran enjin kereta saya. Dan saya hanya bersetuju dengan pendapat pihak TIREZONE untuk Overhaul enjin kereta saya untuk mencegah daripada kerosakan semata-mata atas niat untuk mengelak kerosakan besar dan tidak sama sekali kerana enjin kereta saya menghadapi masalah enjin.

6. Untuk perkara 7 (i):

a. Antara sebab utama saya tidak merujuk semula kerosakan enjin kereta saya kerana saya sudah dapat merasakan diri saya ditipu oleh TIREZONE dengan keadaan enjin kereta saya berfungsi dengan kasar, semput mula enjin terasa panas yang amat sangat dalam masa yang singkat hingga mengeluarkan sedikit asap.

b. Saya rasa tindakan saya terus ke bengkel HOCK SENG MOTOR adalah betul kerana apa yang pasti pendapat kedua mengenai masalah yang enjin kereta saya hadapi adalah penting untuk memastikan enjin kereta saya diselenggara dengan betul atau tidak oleh TIREZONE SDN BHD.

c. Jika saya membuat tindakan susulan terus ke TIREZONE SDN BHD, pasti mereka akan memanipulasi kerosakan enjin ini tiada kaitan dengan proses menyelenggara ketika kereta saya berada di TIREZONE.


7. Sehingga kini saya baru mengtahui yang pihak TIREZONE ada menjalankan servis brake keempat-empat tayar dan pandu uji, kerana pada hari saya hendak menghantar kereta saya ke Hock Seng Motor, brake kereta saya gagal berfungsi dengan baik yang hampir menyebabkan saya melanggar kenderaan yang berhenti dihadapan saya. Mujur tiada kemalangan berlaku kerana tindakan saya menekan brake dan menarik hand-brake secara serentak dan masalah itu telah pun di baik pulih oleh mekanik di Hock Seng Motor.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register