BTC USD 84,393.2 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pengalaman

ambil pengajaran dan iktibar dari pengalaman
 
Last edited:
Assalamu'alaikum. Saya hendak menjelaskan sesuatu perkara yang penting. Di carigold.com banyak kita dapati posting yang berunsur perkauman. Jadi saya hendak jelaskan bahawa kita tak boleh ada sifat perkauman. Sesetengah orang berkata orang Cina suka menipu, orang India gangster dan orang melayu suka hasad dengki. Jangan kata macam tu. Orang Cina ada yang jujur, orang India ada yang baik hati, orang Melayu ada yang tak berhasad dengki dan puas hati dengan apa yang ada.

Saya ada kenal seorang mekanik Cina yang sentiasa jujur dengan saya. Dia bekerja di Advantgage Automobile di Damansara Perdana. Saya tak kenal nama dia tapi saya harap dia masih bekerja di situ. Dia banyak tolong saya.

Saya juga ada kenal mekanik yang jujur seperti Naidu di ES Auto Air-Cond Service di belakang Shell di Jalan Gasing di Petaling Jaya. Dia suka mengurangkan kos pembaikian sebanyak yang boleh. Saya juga kenal Raja di Segaria Auto di Selayang Baru. Dia banyak dipuji oleh orang ramai kerana kejujuran dia. Mereka berdua banyak membantu saya.

Jadi jangan ada sifat perkauman. Saya ingin meminta maaf kepada kaum Cina dan India yang saya hati mereka saya telah lukai sebelum ini. Saya harap mereka maafkan saya atas kata-kata saya yang berunsur perkauman dan ada unsur penghinaan. Saya harap agar saya dapat hidup dengan kaum India dan Cina dalam keadaan aman dan damai.

tu biasalah...mau menang pendapat sndiri...:):)
 
ambil pengajaran dari pengalaman
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register