salam
bulan 12 ni musim sejuk.. sejuk skit lah terutama malam.
tingkatkan ilmu pasal umrah. pastikan bila buat tu ikut apa yang rasulullah buat. kesetian mental mesti, mulai sekarang mula baca quran setiap hari, mula solat jemaah setiap waktu kat mesjid, rajin rajin tolong orang, rajin rajin menderma. kalau merokok berhenti merokok. belajar kekal dalam wudhu paling tak 3 4 jam.(sentiasa lah dalam berwuduh) dan belajar cara berwudhu dengan air yang sedikit (500 ml) ada 3 bulan tu.. untuk prktis dan biasakan. kalau tak masa kat mekah semua tu ko tak larat tak buat.
ni apa yang aku buat waktu 1987, 2000, 2004 (haji dan umrah)
1. buat umrah SEKALI sahaja.
2. pentingkan tawaf (setiap waktu solat fardhy,setiap hari)
3. baca quran setiap hari.
4. tawaf dilapangan kaabah setiap masa (kena datang paling tak 1/2 jam sebelum azan. setiap waktu.. kalau tak pun buat selepas solat fardhu.
5. habiskan masa di masjid , baca quran dan dengar ceramaha (bhasa melayu)
6. solat jemaah fardhu dilaparang kaabah.
7 susun jadual dengan baik dan ikut jadual.
8. tak fikirkan keluarga dikampung. hp pun tak on selama di mekah.
ni contoh jadual harian

agak agak je)
3.30 bangun, bersihkan diri, ambik wudhu
3.45 bergerak kemasjid terus kedepan masjid dan mulakan tawaf sampai habis atau bila azan bermula (bila azan je kena mula cari tempat duduk kat baris depan kat kaabah.. tu.. (peratikan orang lain.
lepas azan solat sunnat subuh bila iqamah solat fardhu subuh
lepas subuh habiskan tawaf yang tak habis. atau duduk wirid/baca quran.
7.30/8.00 balik cari breakfast
8.30 tidor (jangan bual-bual)
11.30 bangun.. makan dan ready untuk solat zhuhur.
12.00 (paling tak 1/2 jam sebelum azan) masuk masjid untuk tawaf solat sunnat zuhur, solat fardhu zhuhur
lepas solat zuhur undur kebelakang, (kedalam masjid) dan solat sunnat dzuhur, duduk wirid/baca quran dan tunggu asar (ulang tawaf,solat sunnat solat fardhu)
lepas solat asar balik. cari makan. rehat kejap dan ready untuk maghrib..
1/2 jam sebelum maghrib masuk balik .. dan ulang... isya pun ulang..
lepas isya balik.. nak jalan jalan nak round masjid nak shopping(ni la masanya) tapi jangan lama lama.. pukul 10 mesti balik dan tidor...
ulang ni sampai ko nak kuar dari mekah.
disiplin kena kuat: utamakan ibadat, tapi jangan sampai lupa kawan,kawan. dan orang lain. berkenalanlah dengan seramai mungkin para jemaah.
shopping tu kemesitna.. kalau setakat habis rm2000 nak beli hadiah untuk mak bapa adik beradik sedara mara tu bias. jadi tengok tengok dulu kendian rancang pembelian.. recci kedai mana yang offer lebih murah.. k
semuga ko dapat umrah yang mabrur dan kendian haji.