BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Pengalaman Buat Umrah

Bawa duit RM cash, tukar kat sana, jgn tukar kat Malaysia, dpt sikit je...better dlm note RM50...

G ke Kaabah tu sblm subuh, insyaallah ada la peluang nk cium hajarul aswad..

Bila berjalan2 make sure ada bawa geng...penjual2 kat sana ada aura power akan buatkan org beli brg2 dia...diaorg fasih berbahasa melayu...kalau ada geng, atleast geng tu leh sedarkan kita..atau2 sama terjebak beli brg tu...huhuhuhuu

bawa selipar murah2 je..kalau leh siap ngan beg utk selipar tu...takyah nk guna selipar bergaya2...kejap je hilang...kalau boleh selipar murah tu bawa lebih..

kalau nmpk ada org kulit hitam minta sedekah, jgn bagi...kalau nk bg, lepas bg cepat2 lari..nnt geng2 diaorg dtg serbu..kalau masuk Masjid Nabawi, bawa la duit..sedekahkan kat musafir kat dlm Masjid tu...
 
salam

bulan 12 ni musim sejuk.. sejuk skit lah terutama malam.

tingkatkan ilmu pasal umrah. pastikan bila buat tu ikut apa yang rasulullah buat. kesetian mental mesti, mulai sekarang mula baca quran setiap hari, mula solat jemaah setiap waktu kat mesjid, rajin rajin tolong orang, rajin rajin menderma. kalau merokok berhenti merokok. belajar kekal dalam wudhu paling tak 3 4 jam.(sentiasa lah dalam berwuduh) dan belajar cara berwudhu dengan air yang sedikit (500 ml) ada 3 bulan tu.. untuk prktis dan biasakan. kalau tak masa kat mekah semua tu ko tak larat tak buat.

ni apa yang aku buat waktu 1987, 2000, 2004 (haji dan umrah)

1. buat umrah SEKALI sahaja.
2. pentingkan tawaf (setiap waktu solat fardhy,setiap hari)
3. baca quran setiap hari.
4. tawaf dilapangan kaabah setiap masa (kena datang paling tak 1/2 jam sebelum azan. setiap waktu.. kalau tak pun buat selepas solat fardhu.
5. habiskan masa di masjid , baca quran dan dengar ceramaha (bhasa melayu)
6. solat jemaah fardhu dilaparang kaabah.
7 susun jadual dengan baik dan ikut jadual.
8. tak fikirkan keluarga dikampung. hp pun tak on selama di mekah.

ni contoh jadual harian:(agak agak je)

3.30 bangun, bersihkan diri, ambik wudhu
3.45 bergerak kemasjid terus kedepan masjid dan mulakan tawaf sampai habis atau bila azan bermula (bila azan je kena mula cari tempat duduk kat baris depan kat kaabah.. tu.. (peratikan orang lain.
lepas azan solat sunnat subuh bila iqamah solat fardhu subuh
lepas subuh habiskan tawaf yang tak habis. atau duduk wirid/baca quran.

7.30/8.00 balik cari breakfast
8.30 tidor (jangan bual-bual)
11.30 bangun.. makan dan ready untuk solat zhuhur.
12.00 (paling tak 1/2 jam sebelum azan) masuk masjid untuk tawaf solat sunnat zuhur, solat fardhu zhuhur
lepas solat zuhur undur kebelakang, (kedalam masjid) dan solat sunnat dzuhur, duduk wirid/baca quran dan tunggu asar (ulang tawaf,solat sunnat solat fardhu)

lepas solat asar balik. cari makan. rehat kejap dan ready untuk maghrib..

1/2 jam sebelum maghrib masuk balik .. dan ulang... isya pun ulang..
lepas isya balik.. nak jalan jalan nak round masjid nak shopping(ni la masanya) tapi jangan lama lama.. pukul 10 mesti balik dan tidor...

ulang ni sampai ko nak kuar dari mekah.
disiplin kena kuat: utamakan ibadat, tapi jangan sampai lupa kawan,kawan. dan orang lain. berkenalanlah dengan seramai mungkin para jemaah.

shopping tu kemesitna.. kalau setakat habis rm2000 nak beli hadiah untuk mak bapa adik beradik sedara mara tu bias. jadi tengok tengok dulu kendian rancang pembelian.. recci kedai mana yang offer lebih murah.. k
semuga ko dapat umrah yang mabrur dan kendian haji.
 
Bagus ni haji joko..terbaekkk...
Nice sharing..:)cgrock:)cgrock
 
dulu ada satu pintu yang sentiasa di jaga agar jalan nya sentiasa terbuka hingga kehadapan kaabah hinggalah azan dilaungkan. rasanya pintu no 9 atau 10... cari pintu tu kalau hotel dekat dengan pintu tu.. kalau tak tak payah lah)
 
Lagi satu kalau Ada org offer,, pak mau cium hajar aswad ,'kita bisa bantu' jgn la dilayan.. Tuh sindiket.. Nak kena pow 1000 riyal cuba la. Kecuali polis yg jaga depan hajar aswad tuh tolak ko suruh cium.. Itu mmg Allah nak bagi rezeki..

Eh?ade sindiket jgk eh nk cium hajar aswad sane?..smpat berbisness lg tuh.huhu
 
dah lama dah.. rasanya tahun 2000 pun dah ada.. ramainya indon.. dia orang tolak/halang orang lain.

satu je kita kena ingat. cium hajar aswad itu sunnat je.. tapi menyakiti orang lain tu haram.
 
kalo ada org tak dikenali ajak berbual jgn layan, atau kalo dia tanya '' can speak english??'' buat2 tak faham.. nnti dia akan story kisah dia pnjang lebar pastu ngepau duit..

ubat2 vitamin jgn lupa..

bju takyah byk sgt, beli ja kat sana murah2...

sembahyang jumaat mesti gi awal 1-2 jam kalau tak mmg tak dpt tempat

mulut plg penting untuk jaga.. cuaca, mkn sedap tak sedap, dahaga, penat semua tu simpan dlm hati ja.. jgn tegur keburukn org... serius, kejap ja cash dibayar kalau tak jaga mulut..

jgn tinggal sembahyang jenazah, hampir tiap2 waktu ada..
 
Back
Top
Log in Register