BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengakuan karathu

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
KOSMO - 1 JULAI

“PIYA (Mohd. Badhri Mohd. Radzi) telah membuktikan keupayaannya dan sudah tiba masanya untuk dia diberikan peluang mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya.”

Demikian tegas bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) selepas menyaksikan kapten Kelantan itu membantu The Red Warriors (TWR) mempertahankan Piala FA dengan menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Piya muncul watak penting dengan melakukan banyak hantaran tepat kepada jentera serangan Kelantan dan umpanan pertamanya kepada Mohd. Norfarhan Muhammad telah berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16.

Kelincahan yang dipamerkan pemain tengah kelantan itu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.

“Piya merupakan seorang ‘jeneral padang’ yang hebat. Lihat sahaja gandingannya dengan Mohd. Shakir Shaari yang berjaya menguasai bahagian tengah berbanding Johor DT.

“Sebenarnya, saya juga hairan dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Johor DT. Dalam aksi sebelum ini, pemain-pemain tengah mereka lebih banyak pegang bola.

“Namun, pada aksi semalam (kelmarin), mereka dilihat lebih kerap turun dan melakukan serangan melalui bahagian tepi.

“Piya dilihat semakin selesa dengan gaya permainannya. malah mampu melepasi dua tiga pemain tengah Johor DT. Ini bermakna Johor DT memberikan ruang yang selesa kepada Kelantan untuk bergerak.

“Hasilnya, Kelantan berjaya mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol kemenangan sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala FA,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Tambah bekas pengendali Perak itu, beliau menepis dakwaan bahawa Piya hanya mampu menyinar dengan Kelantan dan tenggelam ketika bersama Harimau Malaya.

Ini kerana Karathu menganggap pemain berusia 31 tahun itu memiliki kelebihan dari sudut pengalaman beraksi di pentas final dan Piala AFC.

“Sebenarnya, perkara itu bergantung kepada jurulatih dan saya pernah membimbing Piya dan saya tahu keupayaan pemain ini.

“Sudah tiba masanya dia diberikan peluang untuk mengemudi pasukan Harimau Malaya,” katanya
 
nak harapkan safiq....harapan menjadi layuuuu
 
Rajagopal mana kenal Piya..
 
piya main utk harimau malaya silap2 boleh menang world cup!
 
Juga berharap agar karathu...kembali memimpin perak.

Dah lama perak malap jer!!!!
 
raja ***** tak amik port dia kata "saya tahu apa saya buat" puih
 
hanya karathu mengenal piya.. :D
rajagopal tak kenal pun..
 
Mungkin piya usia dah lanjut....sapiq tue kira masa depan nwgara kot..

Walau camner...piya harus diberi peluang.
 
Last edited:
Poyo betul Malaysia ni... Pirlo yang dah tua tu pun main lagi tuk Itali. Orang main tak tengok umur la... orang tengok form.. sapa yang tengah form, die la yang layak dapat main...
 
Back
Top
Log in Register