BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerima BR1M muflis dibayar tunai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BR1M 3.0
< 1 / 1 >
PONTIAN - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada serta yang baru memohon, akan menerima bantuan itu secara pembayaran tunai melalui pejabat daerah masing-masing, jika diisytihar muflis.

Menurut Kementerian Kewangan, berikutan langkah terbaru kerajaan yang memperkenal sistem pembayaran BR1M 3.0 melalui bank, ramai penerima yang diisytihar muflis tertanya-tanya status bantuan kepada mereka.

Kerajaan sedar mereka ini muflis atas sebab yang pelbagai, termasuk menjadi penjamin pinjaman saudara mara dan rakan-rakan, menyebabkan akaun bank sedia ada dibekukan.

Sehubungan itu, golongan ini diminta supaya tidak risau kerana mereka tetap layak menerima bantuan dan hanya perlu mengisi borang dan memaklumkan status muflis kepada Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Selain golongan muflis, mereka yang sukar membuka buku akaun kerana terlantar sakit dalam tempoh lama atau tidak mempunyai jalur pada ibu jari juga akan dipertimbang menerima pembayaran bantuan secara tunai.

Dalam pada itu, masih terdapat 2 juta pemohon daripada 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 yang belum membuka akaun bank.

Penerima baharu yang layak digesa agar segera mengisi borang permohonan sebelum tarikh akhir pada 31 Januari ini.

Kerajaan tidak berhasrat memanjangkan lagi tempoh permohonan bagi membolehkan pembayaran dilakukan dengan segera.

Penerima yang melewat-lewatkan proses pendaftaran akan berdepan kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak diperoleh kerana tempohnya bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Penerima bantuan berkenaan juga diingatkan agar mengemas kini data peribadi mereka seperti alamat, nombor akaun dan status perkahwinan. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/penerima-br1m-muflis-dibayar-tunai-1.240276
 
Last edited:
Terima kasih BN!!!


duit Brim nie boleh buat beli kangkung!!
 
setau aku

Org bankrap kalo ada duit dan harta akan dirampas...

Jbtn insolvensi kot yg rampas? Ntah

 
Back
Top
Log in Register