BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerima BR1M berkurangan

Secara perbandingan juga, jumlah penerima BR1M pada tahun ini berkurangan berbanding 4.1 juta tahun lalu dan ini berlaku kerana sejumlah penerima sudah meningkat taraf hidup mereka serta keluar daripada senarai penerima yang layak,” katanya, di sini semalam.

nak terberak aku baca komen kau , PM.. banyak lah kau punya taraf hidup meningkat.
 
dapat br1m 2 kali ari tu teruih kaya.. duit br1m ari tu tak habih2 pakai lg
 
kwn antara yg telah meningkatkan taraf hidup... dan secara automatiknye terkeluar dr senarai penerima...
 
Kuala Lumpur: Lebih enam juta rakyat membabitkan pelbagai peringkat usia mendapat manfaat daripada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Menurut sumber, sejumlah lebih RM3 bilion diperuntukkan kerajaan untuk tujuan itu, berbanding RM2.9 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu serta RM2.09 bilon ketika BR1M diperkenalkan pada 2012.

“Secara perbandingan juga, jumlah penerima BR1M pada tahun ini berkurangan berbanding 4.1 juta tahun lalu dan ini berlaku kerana sejumlah penerima sudah meningkat taraf hidup mereka serta keluar daripada senarai penerima yang layak,” katanya, di sini semalam.

Sumber itu berkata, peningkatan taraf hidup kumpulan penerima BR1M terbabit bukti pelbagai usaha kerajaan meningkatkan taraf ekonomi rakyat termasuk rasionalisasi subsidi berjaya mencapai matlamat.

Menurutnya, untuk BR1M 2014 yang kali ketiga dilaksanakan, dua elemen baru diperkenalkan iaitu perlindungan insurans berjumlah RM30,000 untuk setiap penerima dan isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan turut layak sebagai penerima.

“Dengan penambahan terbaru ini, bermakna penerima BR1M kini membabitkan tiga golongan iaitu isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya.

Ketika BR1M kali pertama diperkenalkan, isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bayaran tunai RM500 dan tahun lalu jumlahnya dinaikkan kepada RM600, manakala individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima RM250.



Dalam ucapan pembentangan Bajet 2014, Oktober tahun lalu, Najib mengumumkan bayaran yang akan diagihkan kepada penerima BR1M 2014 ialah RM650 selain premium insurans RM50 untuk melayakkan mereka menerima RM1,200 dalam tempoh lima tahun.

Kelompok individu bujang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan pula akan menerima RM300 termasuk RM50 bagi bayaran polisi insurans.

Sumber itu berkata, kelompok penerima baru tahun ini iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM450, termasuk RM50 untuk premium insurans.

Menurutnya, dalam ucapan hari ini ketika melancarkan BR1M 2014, Perdana Menteri dijangka turut menyentuh mengenai ekonomi negara yang berada di landasan kukuh selepas pelbagai usaha dilakukan kerajaan.

“Ini jelas dapat dilihat berdasarkan peningkatan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta jumlah pelaburan asing (FDI), selain kadar inflasi pada 2013 yang serendah 2.1 peratus,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri juga akan memberi penerangan mengenai usaha kerajaan menambah pendapatan rakyat di sebalik kos sara hidup yang dikatakan semakin meningkat ketika ini.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenerimaBR1Mberkurangan/Article/index_html

Yang den colour merah tu apa citer?
 
Yang den colour merah tu apa citer?

rm50 tu invetmentla kot

dlm tahun2 akan datang br1m naik rm1200

tggu jela bila. rasa lg 5thn la hehe
 
aku salah sorang yang menjadi mangsa...hahahaha
 
alamak...nama aku jgn la trmsuk dlm snarai yg xdpt tu....ish....
 
Salaam.

6 juta.

Kan ada yang kena tolak RM50 untuk insuran kan?

Sapa2 boleh buat math; berapa total keseluruhan insuran dari 6 juta tu?
 
ni yg kita habaq kincing deraih. brp ramai depa dh tolak keluaq dr list walaupun layak menerima.
 
Back
Top
Log in Register