BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Ribut Di Taiping Berkurangan Pagi Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,028
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,028
Reaction score
291
Points
146
36af4eaaf91ac653a2c9b05584788a50699da967ad8e4

Kredit : APM Perak

Jumlah mangsa terjejas akibat ribut dan pokok tumbang di Taiping mencatatkan penurunan kepada 30 orang setakat pagi ini berbanding 92 orang, malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua mangsa daripada 22 keluarga itu ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Kaya dalam daerah Larut, Matang, Selama semalam.

“Kesemua mangsa adalah penduduk dari Taman Damai, Taman Ria, Taman Kaya, Taman Desa Cemerlang dan Batu 2 ½,” menurut sekretariat dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kejadian ribut telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan.

Susulan itu, mangsa yang terlibat tidak dapat memasuki kediaman masing-masing kerana kerja-kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut memaklumkan beberapa daerah di Perak diramal mengalami hujan dan ribut di sebelah petang membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

 
Back
Top
Log in Register