emasstech
Active+ Member
- Messages
- 3,795
- Joined
- Sep 19, 2007
- Messages
- 3,795
- Reaction score
- 71
- Points
- 30
Macam mana nak kenal Yahudi??? apa spec perwatakan diroang ?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.



Zionisme ini adalah satu pandangan politik. Zionisme bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklsusif orang Yahudi sebaliknya juga didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.
Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Taurah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.
Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionismae. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisme.
Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.
Ini adalah satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran agama Judaism. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.
Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.
Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.
Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi ialah Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.
Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestine/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.
Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.
Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.
tinggai kubok ja yang ada....di jalan zainal abidin pulau pinang....ada pun hanya segelintir beberapa orang sahaja yang uruskan kubok warisan mereka....
confirm ke dah x de yahudi kat mesia ni??
kena siasat btul2..
kalu ada campak balik ke israel la


ak rs yahudi ader di mn2 jer..

