BTC USD 85,904.2 Gold USD 4,309.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Yahudi di Pulau Pinang

Macam mana nak kenal Yahudi??? apa spec perwatakan diroang ?
 
tak silap ak, adE kisah pasal penempatan yahudi di PPinang..dlm.majalaal-islam


..dan nama yahudi yg trkenal sprt:

Charles Ephraim - ketua komuniti Yahudi P Pinang.


Richard Chang - pelakon Yahudi yg skrg tinggal diNYork


Ezekiel Menasseh - penduduk Yahudi tertua di P Pinang.









Kubor yg , bertarikh 1835



Kubor yg , bertarikh 1978





...dan nie pasal artikel yg perlu kite bace pelan2x..

Zionisme ini adalah satu pandangan politik. Zionisme bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklsusif orang Yahudi sebaliknya juga didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Taurah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionismae. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisme.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Ini adalah satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran agama Judaism. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.

Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.

Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi ialah Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestine/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.

Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.
 
tinggai kubok ja yang ada....di jalan zainal abidin pulau pinang....ada pun hanya segelintir beberapa orang sahaja yang uruskan kubok warisan mereka....

deorang ckp...tanah perkuburan tu,... mempunyai nilai hartanah yg paling tinggi kat Penang.:)


...mmgikot sumber ade seorg,... Yahudi(lelaki)..
.. akandatang ke situ dua kali setahun dan membayar upah kpada penjaga kobor...tuk memastikankuburan djaga rapi...
 
confirm ke dah x de yahudi kat mesia ni??
kena siasat btul2..
kalu ada campak balik ke israel la



...menurut artikel yg ak bace....dulu2 zaman tanah melayu mmg ada yahudi.!!.. esp kt penang, melaka.tapi ...
deorang smua dah lari ke singapodaha. Pas Malaysia x iktiraf Israel taun 60-an dulu.....:)..smua nie ...korang bley baca,.kat.. salah satu daripada artikel yg ade dlam majalah Al Islam keluaran Mac 2009....babaaaiiii!!:)
 
ak rs yahudi ader di mn2 jer..
 
ak rs yahudi ader di mn2 jer..

Erm. Benar.
Kerana kebanyakan dari orang-orang Yahudi Israel memiliki dua kewarganegaraan berdasarkan undang-undang "Rights of Return" negara Israel.
Dan ini tidak termasuk orang-orang Yahudi yang tidak mengambil kerakyatan Israel.
 
fahaman Kristian ade gak yg betul..
tapi org kata fahaman ni dah lama terhapus..
disebabkan kata2 org sahaja, ade kemungkinan yg menganut agama Kristian kat Palestin masih mengikut panduan Kitab Injil yg asli..Wallahualam..
 
tak semua yahudi jahat kata uncle saya yg study kat u.s dulu ... keluarga angkat dia dulu org Yahudi ... sgt baik and hormat agama Islam.. and ada 1 perkampungan kat U.s Yahudi and Islam dalam 1 kampung tu .. and suma dia org ni sgt baik sesama sendiri ...
 
Back
Top
Log in Register