am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
KLANG - Ribuan penduduk di Taman Sentosa di sini mendesak kerajaan negeri mewujudkan segera perkhidmatan bas henti-henti bagi kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.
Semalam sebahagian penduduk berkumpul bagi meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri kerana tidak membantu menyelesaikan masalah itu ekoran tindakan pengendali bas henti-henti yang memberhentikan operasi sejak dua bulan lalu.
Seorang penduduk, Hassan Mat Isa, 59, berkata, masalah itu menyukarkan penduduk menjalankan kegiatan harian terutama untuk ke tempat kerja di bandar Klang.
"Kami bukan orang senang, kebanyakan penduduk yang tiada kenderaan sendiri menggunakan bas untuk ke tempat kerja.
"Kilang-kilang pula banyak di bahagian Andalas, jadi penggunaan bas amat penting kepada penduduk untuk pergi dan pulang dari tempat kerja," katanya ketika ditemui semasa menyertai kira-kira 100 orang yang mengadakan demonstrasi bantahan mengenai isu pemberhentian bas di Taman Sentosa di sini semalam.
