BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk serang balai polis

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
BRUSSELS 1 Jun - Sekumpulan penunjuk perasaan bertindak melempar tong dan penghadang besi ke arah sebuah balai polis, di sini malam tadi selepas seorang wanita beragama Islam ditangkap kerana enggan membuka purdahnya, lapor media Belgium.

Stesen penyiaran RTL melaporkan, penunjuk perasaan cuba memasuki balai polis itu menggunakan kekerasan, namun gagal.

''Mereka kemudian melemparkan tong dan penghadang besi ke arah balai tersebut,'' kata RTL.

Stesen penyiaran rasmi VTR melaporkan, enam penunjuk perasaan ditahan ekoran kejadian itu.

''Wanita yang ditahan itu telah dibebaskan dan akan dipanggil semula untuk disoal siasat,'' kata laporan VTR.

VTR dan akhbar Belgium melaporkan wanita tersebut bertengkar dengan pegawai polis yang cuba menahannya di sebuah hentian bas dan seorang anggota polis wanita cedera.
 
kuang ajar betul la polis sana..
 
Back
Top
Log in Register