BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,056.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Pendang sibuk cari emas

syioknya kalau dpt emas yg banyak...#:-S

rezeki drpd ALLAH...:)

nilah negeri yg mendpt rahmat ALLAH...
 
Pelik tapi benar..
Klau ler emas tu dah matang, dapat lak 1 tongkol..
Kayo pck... :))
 
byk la org kaya baru pasni..hehe..beruntung diorang
 
Pelik tapi benar..
Klau ler emas tu dah matang, dapat lak 1 tongkol..
Kayo pck... :))


memang ler kaya...:)paid

kalau sampai 15 kilo batu yg budak tu simpan jadi emas sumanya....~X(~X(:)paid
 
esok hari minggu..sure mcm pesta...jom kita ramai2 turun sana....mn tau..dapat 3-4 kilo pun jd lah..
 
mane ader emas lar...dlm berita pg td da tunjuk...sedey aku tgk org melayu ni...:(:(
 
Jika sah emas, kerajaan negeri arahkan PTG tutup kawasan kuari: Azizan

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menutup kawasan kuari di Kampung Jelutung, dekat Pendang jika pihak berkuasa mengesahkan logam kuning berkilauan yang ditemui penduduk di situ adalah emas.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau sudah mengarahkan PTG serta Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian ke atas logam berkilau yang ditemui dan didakwa emas oleh penduduk sejak Rabu lalu.

"Bahagian teknikal di jabatan itu akan menentukan terlebih dulu sama ada logam berkenaan adalah emas atau bahan lain yang menyerupai emas.

"Hasil kajian itu mereka juga akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri mengenai langkah yang perlu diambil selepas itu.

"Jika ia mengandungi emas, PTG akan mengawal kawasan berkenaan supaya logam berkenaan tidak boleh dilombong sesuka hati kerana ia adalah hasil kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Mineral.

"Kerajaan juga tidak mahu kegiatan mencari emas itu berleluasa sehingga tidak terkawal seperti apa yang terjadi di Lubuk Mandi, Terengganu kerana ia akan mengancam keselamatan orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, di sini.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Kampung Jelutung, Pendang yang gempar apabila beratus-ratus penduduk sekitar menyerbu sebuah tapak kuari seluas satu hektar di kampung itu berikutan penemuan sejenis logam dipercayai emas sejak Rabu lalu.

Seorang penduduk, Yaakub Yunus, 68, dilaporkan berkata selepas mendapatkan pengesahan di sebuah kedai emas di Tanah Merah, di sini bahawa logam yang ditemui pada batu di situ adalah emas, dia terus ke tapak kuari itu untuk mendapatkan batu terbabit.

Berikutan itu, penduduk menggunakan pelbagai peralatan, termasuk cangkul dan penukul untuk memecahkan batu yang mengandungi emas di situ.

Azizan berkata, setakat ini kerajaan masih belum dapat memastikan sama ada kawasan sekitar tapak kuari itu mengandungi deposit emas yang boleh dikomersialkan.

Katanya, jika logam itu disahkan emas dan ia mempunyai deposit yang tinggi serta boleh dilombong secara komersial, kerajaan negeri bersedia memanfaatkan sumber galian itu supaya memberi hasil kepada negeri ini.
 
malam ni jugak aku blk pendang!!
ekekeke :))
ntah2 tanah liat kot.
 
Back
Top
Log in Register