BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk mahu tangkap pocong suka kebas wang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141
geli-pocong-1.jpg

Tangkap layar video menunjukkan penduduk tempatan berarak di sekitar kawasan kampung untuk menangkap ‘pocong’. - TikTok

JAKARTA – Penduduk desa Sukamulya, Bekasi dalam wilayah Jawa Timur melakukan rondaan di sekeliling kampung untuk menangkap ‘pocong’ yang dituduh menjadi punca wang simpanan mereka hilang secara misteri, lapor portal berita Kumparan News.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lambenya_emak menunjukkan orang ramai berarak mengelilingi kawasan kampung sambil membawa lampu suluh.

Ada antara mereka yang menjerit dan memanggil makhluk ghaib itu untuk muncul.

Difahamkan, mereka kerap ternampak susuk serba putih berkeliaran di sekitar kawasan kampung.

Lebih aneh, terdapat beberapa orang yang mengadu kehilangan wang sekitar 500,000 rupiah (RM127) sehingga 600,000 rupiah (RM152) selepas penampakan itu.

“‘Pocong’ itu sudah muncul sebanyak lima kali tetapi gagal ditangkap. Pocong itu juga adalah hantu palsu yang menggunakan ilmu hitam untuk menakutkan dan mencederakan orang ramai,” kata seorang penduduk. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register