BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Mahu Kukup Diberi Nafas Baharu, Anak Muda Tidak Terus Berhijrah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penduduk Mahu Kukup Diberi Nafas Baharu, Anak Muda Tidak Terus Berhijrah​

1e68e48cdf90017c12a847b437c26f116a4367207bf3d

059e3c6beb8ec15ca029839a22f46cbe6a43673455b1c

Pengusaha kafe, Cindy Ang, 31, berharap kawasan yang terkenal sebagai perkampungan nelayan dan destinasi makanan laut itu diberi nafas baharu menerusi pembangunan pelancongan yang lebih tersusun, sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung serta menggalakkan anak tempatan pulang membina kerjaya di kampung halaman.

Terletak di bawah Parlimen Tanjung Piai, komposisi pengundi di DUN Kukup menunjukkan pengundi Melayu menjadi kumpulan terbesar dengan 20,988 orang atau 60.07 peratus daripada keseluruhan 34,938 pengundi berdaftar, manakala pengundi Cina berjumlah 12,875 orang atau 36.85 peratus

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penduduk Kukup menaruh harapan perkampungan nelayan dan destinasi makanan laut terkenal itu diberi nafas baharu menerusi pembangunan industri pelancongan lebih tersusun, sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung serta menggalakkan anak tempatan pulang membina kerjaya di kampung halaman.

Pengusaha kafe, Cindy Ang, 31, berkata Kukup mempunyai keunikan tersendiri dengan warisan kampung nelayan, sangkar ikan, hutan paya bakau dan makanan laut yang sukar ditemui di tempat lain, namun potensinya masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Beliau berkata antara cabaran utama ialah imej Kukup dilihat kurang menarik dan statik sejak dahulu, selain kekurangan produk pelancongan baharu yang mampu menarik minat generasi muda.

"Ramai orang menganggap Kukup hanya sesuai dikunjungi pada hujung minggu untuk makanan laut atau menginap di chalet. Selepas itu, mereka tidak tahu hendak ke mana kerana kekurangan aktiviti dan tarikan lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang pulang ke Kukup selepas hampir 10 tahun belajar dan bekerja di Singapura berkata keputusan itu dibuat bagi meneruskan perniagaan keluarga yang diasaskan pada 1989 serta menyumbang kepada pembangunan kampung halaman.

Ang berharap lebih ramai anak muda “berani” kembali ke Kukup untuk memulakan perniagaan kerana pembangunan sesebuah kawasan memerlukan idea baharu, kreativiti dan sokongan semua pihak.

Beliau turut berpandangan bahawa aspek kebersihan perlu diberi perhatian serius kerana persepsi mengenai bau kurang menyenangkan antara komen yang sering ditinggalkan pengunjung di media sosial.

Bagaimanapun, Ang berkata identiti Kukup sebagai kampung nelayan tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan, sebaliknya boleh dijadikan tarikan jika disokong dengan sistem kebersihan, saliran dan pengurusan sisa yang lebih berkesan.

 
Back
Top
Log in Register