BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk gempar puting beliung melanda Arau

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,253
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,253
Reaction score
1,660
Points
201
Penduduk gempar puting beliung melanda Arau


ARAU – Penduduk di negeri ini gempar apabila berlaku kejadian puting beliung atau dikenali sebagai belalai darat di kawasan Kubang Gajah di sini pada petang tadi.

Gambar dan video fenomena tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan sawah kira-kira pukul 6.14 petang itu turut tular di Facebook.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Perlis, Mohd. Saharudi Saad mengesahkan berlaku kejadian tersebut atau lebih dikenali sebagai ‘land spout’ atau belalai darat.

Katanya, fenomena berkenaan berlaku disebabkan peralihan Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut.

“Pada waktu sekarang cuaca agak panas, namun tiupan angin agak kencang dan apabila wujudnya awan
kumulonimbus, itu yang menyebabkan terbentuknya belalai darat.

“Bagaimanapun, kejadian itu hanya berlaku dalam masa kira-kira lima minit sahaja dan dipercayai di kawasan sawah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE
Video media sosial
 
Back
Top
Log in Register