BTC USD 80,454.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk diserang kutu kucing

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
GEORGETOWN - Penduduk dan pengunjung Taman Lalu Lintas di sini mendakwa 'diserang' kutu kucing sehingga menyebabkan badan mereka mengalami simptom kegatalan melampau dipercayai berpunca dari taman rekreasi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Lalulintas, Ong Lin Teong berkata, pihaknya menerima lebih 100 aduan daripada pengunjung dan penduduk di sekitar taman rekreasi terbabit berhubung perkara itu sejak 25 Jun lepas.

"Biasanya bahagian kulit yang terkena gigitan akan menjadi bengkak, berwarna merah serta gatal dan kadangkala meninggalkan parut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kutu kucing itu dipercayai menjadikan bangkai haiwan sebagai perumah sebelum berterbangan dan melekat pada pakaian manusia terutama sarung kaki.

"Hairan juga kerana kawasan di sini tidak banyak anjing atau kucing liar berkeliaran. Tapi baru-baru ini kami ada jumpa anak anjing mati, badannya dipenuhi kutu itu. Bangkainya terlindung di sebalik kontena mungkin ia telah mati beberapa hari," katanya.

Seorang mangsa Wong Yuee Harng, 26, berkata bekas gigitan serangga vektor itu mengambil masa lebih seminggu untuk pulih dan beliau hanya menyapu krim pada bahagian badan terlibat untuk mengurangkan kegatalan.

"Saya tidak tinggal di sini tetapi ada berkunjung ke taman berkenaan dua minggu lepas. Saya kena gigit di tangan dan badan. Rimas juga terpaksa tergaru-garu tanpa mengira masa," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, Bahagian Landskap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan semburan kabus pada Rabu serta Jumaat lepas.

"Aktiviti semburan kabus akan diteruskan sehingga kawasan terlibat bebas daripada kutu kucing itu," katanya selepas melawat taman berkenaan.

Wei Aik menasihati orang ramai supaya mengelak daripada melakukan kegiatan riadah di Taman Lalu Lintas buat sementara waktu namun setakat ini tiada arahan penutupan dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/penduduk-dakwa-diserang-kutu-kucing-1.296898
 
Uis ni pun blh jadi camniker.. berploh ploh tahun tok bela kucing xder pulak kutu ni nk gigit
 
"Hairan juga kerana kawasan di sini tidak banyak anjing atau kucing liar berkeliaran. Tapi baru-baru ini kami ada jumpa anak anjing mati, badannya dipenuhi kutu itu. Bangkainya terlindung di sebalik kontena mungkin ia telah mati beberapa hari," katanya.

itulah problemnya, aku pernah baca kutu yang ada pada haiwan ni biasanya dia akan pergi dekat haiwan juga kecuali bila dah tak ada haiwan lain maka dia akan pergi dekat manusia.
 
aku pernah kena gigit kutu dekat balung ayam tue

sakit sungguh nak cabut...berdarah2...1 je kutunye

kutu kucing xpernah lagi
 
Seksa juga kutu kucing ni. Setiap kali balik rumah mertua kena menahan gatal, sakit dan kudis akibat kutu kucing, sebulan dua juga nak hilang parut.
 
Back
Top
Log in Register