ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Keadaan hakisan yang semakin menghampiri jalan di Kampung Chenderam.
TAMPIN - Penduduk di Kampung Chenderam di sini, bimbang terputus hubungan berikutan tebing longkang besar di laluan utama keluar masuk ke perkampungan berkenaan, semakin terhakis.
Keadaan longkang yang didirikan sejak lebih 20 tahun itu disedari penduduk, Saodah Osman, 55, semasa hendak keluar bekerja sebelum bertindak membuat laporan rasmi kepada Majlis Daerah Tampin (MDT), Mac lalu.
"Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada tanda-tanda ia akan diperbaiki. Malah, apa yang membimbangkan ia adalah satu-satunya laluan utama penduduk memandu kereta di kampung yang mempunyai kira-kira 20 buah penempatan ini.
"Jika menunggang motosikal, bolehlah kami menumpang lalu di tanah orang tapi tetapi tidak jika menaiki kenderaan lebih besar. Oleh itu, kami harap MDT dapat mengambil tindakan segera berhubung masalah ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Saodah berkata, MDT pernah membina batu sangkar di kawasan saliran kira-kira 20 tahun lalu namun terdapat pokok durian tumbang sehingga mengenai tebing jalan empat tahun lalu.
"Walaupun sudah lama jalan rosak, namun tiada langkah-langkah baik pulih laluan berkenaan dilakukan pihak berkenaan sedangkan penduduk berhadapan dengan masalah hakisan yang mampu mengundang bahaya," katanya.
Sementara itu, yang Dipertua MDT, Mohamed Roduan Ujang berkata, pihaknya sudah menerima aduan tersebut pada 19 Mac lalu dan akan mengambil langkah-langkah bersesuaian bagi mengatasi masalah berkenaan.