BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Bimbang Tebing Sungai Terhakis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836

Penduduk bimbang tebing sungai terhakis

Oleh Mohd Rafi Mamat- September 17, 2021 @ 8:13am
[email protected]

tebing_1631848781.jpg


Keadaan hakisan tebing Sungai Emas yang merosakkan jalan sepanjang kira-kira 100 meter dan membahayakan penduduk Orang Asli di situ. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat


KUANTAN: Lebih 650 penduduk di perkampungan Orang Asli Sungai Mas, di sini bimbang kerana berdepan isu hakisan tebing Sungai Mas selepas berlakunya banjir sejak tahun lalu.

Penduduk mendakwa, hakisan tebing sepanjang kira-kira 100 meter mengancam keselamatan mereka apabila jalan yang menjadi laluan utama penduduk di kampung terbabit semakin sempit.

Tok Batin Kampung Sungai Mas, Deli Ramli Lam, 58, berkata keadaan itu lebih berbahaya terutama pada waktu malam.

Katanya, jalan terbabit adalah laluan utama ke empangan Chereh, di sini, selain digunakan penduduk untuk ke ladang berhampiran dan keluar mencari hasil hutan serta memancing.

"Kalau ikutkan, jarak tanah yang hilang akibat hakisan antara 40 hingga 50 meter sejak 10 tahun lalu. Tapi kini ia sudah menghakis jalan yang menjadi laluan utama penduduk.

"Hakisan itu menyebabkan tebing sungai semakin tinggi iaitu antara 10 hingga 15 meter sekali gus boleh mengancam keselamatan pengguna jalan terbabit," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, lebih 100 penduduk menggunakan laluan itu setiap hari.

Katanya, selain penduduk setempat orang luar turut menggunakan jalan berkenaan kerana Sungai Mas menjadi antara lokasi tumpuan untuk berkelah dan beriadah terutama pada hujung minggu serta cuti sekolah.

"Setakat ini belum ada kemalangan berlaku di jalan berkenaan akibat hakisan tebing ini, namun kita berharap pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian segera sebelum berlaku perkara tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Mas, Abu Adin, berkata aduan mengenai perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib termasuk wakil rakyat.

"Pihak berkenaan sudah turun padang melihat masalah terbabit dan saya berharap ada tindakan segera dilakukan bagi mengelak laluan ini terputus hubungan, jika berlaku hujan lebat dan banjir," katanya.


 
Back
Top
Log in Register