BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk bimbang serangan harimau

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
925377.jpg


DUNGUN - Serangan harimau yang semakin kerap di ladang Felda Kerteh 4 sejak akhir-akhir ini menyebabkan 30 peneroka yang menternak lembu di kawasan itu mengalami kerugian lebih RM150,000 sepanjang tahun ini.

Pengurus Felda Kerteh 4, Mohd Azimi Hassan berkata, sejak Januari lepas, sebanyak 35 ekor lembu mati atau hilang dipercayai akibat daripada serangan haiwan itu.

“Serangan harimau ini sudah bermula pada 2018, namun terhenti agak lama sebelum ia kembali menyerang haiwan ternakan Januari lalu dan serangan menjadi semakin kerap sejak awal bulan ini.

“Terbaharu pada Ahad lepas, lima penternak kerugian hampir RM15,000 selepas lima ekor lembu mereka hilang dipercayai akibat serangan harimau itu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Seorang penternak, Che Man Abdullah, 68, berkata, dia terjumpa bekas tapak kaki harimau ketika mencari seekor lembunya yang tidak pulang ke kandang Ahad lepas.

“Memang risau sangat. Bukan pasal lembu sahaja tetapi ini melibatkan nyawa kami. Jika dahulu serangan berlaku di kaki hutan sahaja tetapi sekarang harimau sudah berani serang ke kawasan berdekatan ladang dan kami memang selalu ada di sekitar kawasan ladang ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf ketika berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan secara berterusan di lokasi kejadian sejak menerima aduan pada 24 November lalu.

“Dua perangkap harimau dan kamera telah dipasang bagi memantau kehadiran dan pergerakan haiwan itu. Kita juga telah berbincang dengan penternak agar mengurung lembu mereka, kerana jika ia masih dibiarkan bebas, usaha menangkap harimau akan menjadi sukar,” katanya ketika dihubungi

Beliau juga menasihati orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk membunuh atau menghalau harimau itu, sebaliknya mereka perlu menyalurkan maklumat ke talian hotline 1800-88-5151 jika terserempak dengan hidupan liar berkenaan.


== sinar harian
 
Syak lembu dibaham harimau

 LEMBU yang dilepaskan di Felda Kerteh 4 untuk mencari makan. FOTO Rosli Ilham


Dungun: Penternak lembu di Felda Kerteh 4, di sini, kerugian kira-kira RM15,000 selepas lima lembu mereka hilang dipercayai dibaham harimau, sejak ahad lalu.

Penternak, Che Man Abdullah, 68, berkata, dia mendapati seekor lembu tidak pulang ke kandang dan kejadian sama turut berlaku kepada empat lagi penternak lain.

"Saya cari lembu saya tidak jumpa sebaliknya saya menemui kesan tapak kaki harimau berhampiran kawasan sungai dan saya syak lembu saya dibaham.

"Pada dua minggu lalu, dua lembu rakan saya hilang dan seekor dijumpai mati dengan kesan gigitan harimau di bahagian leher," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, dia percaya kebanyakan lembu yang hilang dibaham haiwan itu sebelum bangkai ditarik masuk ke kawasan hutan.

"Saya percaya harimau itu datang dari hutan simpan berhampiran kerana beberapa peneroka pernah terdengar ngauman dari arah sana.

"Kami tidak berani masuk ke kawasan hutan itu kerana bimbang akan diserang harimau terbabit," katanya.

Che Man berkata, ada kira-kira 30 penternak lembu di kawasan Felda Kerteh 4 dan kebanyakan lembu dilepaskan untuk mencari makanan sebelum kembali ke kandang pada waktu petang.

"Sejak Januari tahun ini banyak kes kehilangan lembu dilaporkan dan penternak percaya ia dibaham harimau.

"Kami juga bimbang haiwan ini boleh mendatangkan bahaya kepada penternak termasuk penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan segera mengenai masalah itu.

Katanya, pihaknya akan berjumpa dengan penternak bagi mendapatkan maklumat tepat sebelum melakukan pemasangan perangkap bagi menangkap haiwan terbabit.


== hmetro
 
kijang rusa habis manusia baham ..belum campur tanah habis diteroka ..rimau pun naik bosan hari2 makan vavi ..nak gak rasa daging wagyu
 
byk gak rimau kt gannu ni... igt sek penyu jerk... arituh kes kt dungun gak kan yg rimau HKU masuk kg.. last2 mati sbb ada mental diorder...
 
habitat dah mengecil,ape je yg tinggal utk dimakan,
terpaksala masuk kawasan manusia....
 
lembu ni easy prey kat rimau ..lari tak laju.. lau nak vavi, kena ligan masuk semak belukar..lau rusa, sebatu dia dah dpt detect bau pemangsa ..
 
sekali rimau bawak kete daa...

Dua lembu curi disumbat dalam kereta

Mungkin tempahan daging lembu yang semakin tinggi, kegiatan mencuri lembu terus berlaku, walaupun ketika tempoh PKP. Dua ekor lembu yang dipercayai disuntik ubat pelali ditemui dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Lembah Semerak, pada Jumaat lalu.
 
Back
Top
Log in Register