sekam padi
Super Active Member
- Messages
- 8,898
- Joined
- Dec 17, 2006
- Messages
- 8,898
- Reaction score
- 252
- Points
- 91
Kuala Lumpur: Lebih 1,000 penduduk kawasan Parlimen Titiwangsa berhimpun di perkarangan Masjid Khalid Al-Walid sebagai membantah pembinaan kondominium di Kampung Datuk Keramat di sini, pagi tadi kerana mendakwa tidak memberi manfaat pada masyarakat setempat.
Wakil peserta perhimpunan terbabit berkata, penjualan tanah kepada pihak pemaju untuk pembinaan kondominium itu perlu dipertimbangkan kerana hanya memberi kepentingan kepada pihak tertentu saja.
Pembinaan kondominium terbabit yang dianggarkan bernilai lebih RM800,000 setiap unit juga tidak mampu dimiliki penduduk kawasan berkenaan yang majoritinya berpendapatan rendah.
Katanya, pihak berkaitan sepatutnya melaksanakan Projek Perumahan Rakyat(PPR) di tanah berkenaan supaya lebih ramai penduduk berpendapatan rendah memiliki rumah dan bukan menjualnya kepada pihak pemaju untuk mendirikan kediamanan mewah.
"Rakyat tidak menolak pembangunan namun perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang memerlukan kediaman yang selesa dengan harga berpatutan," katanya, ketika ditemui pada Majlis Bantahan Pembinaan Kondominium
http://www.hmetro.com.my/node/84223
