BTC USD 83,764.2 Gold USD 4,345.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 'Pendinding' Covid-19 RM650!

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
'Pendinding' Covid-19 RM650!

Kuala Lumpur: "Dukun lelaki itu membaca jampi serapah, ada dalam bahasa asing, bahasa Melayu termasuk beberapa potong ayat suci al-Quran yang dibaca secara terbalik.

"Dia mendakwa mampu untuk menyembuhkan serta menjadi pendinding daripada terkena jangkitan Covid-19."

Demikian pengakuan individu hanya mahu dikenali sebagai Azman, 45, apabila mendapatkan khidmat seorang dukun Covid-19 yang mendakwa mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan serta menjadi pendinding kepada virus berkenaan.

Bercerita lanjut, Azman berkata, dia menghubungi lelaki itu selepas diperkenalkan oleh rakannya yang menyatakan bahawa dukun itu mampu untuk menjadi pendinding daripada dijangkiti virus itu hanya dengan membaca ayat-ayat tertentu.

"Saya menghubungi lelaki itu selepas rakan sepejabat berkongsi nombor telefonnya. Saya turut bertanyakan jika ada caj rawatan dikenakan.

"Dukun Covid-19 itu menyatakan, caj untuk rawatan penyembuhan ialah RM250, caj untuk pendinding secara pakej dengan penyembuhan adalah RM450 manakala bagi perlindungan sepanjang masa, caj RM650 dikenakan.

"Saya memilih pakej kedua iaitu penyembuhan dan pendinding dan dia memberi saya hari dan masa untuk dihubungi," katanya.

Menurut Azman, beberapa hari kemudian, dukun itu menghubunginya dan melakukan 'kaedah rawatan' yang dijanjikan hanya menerusi panggilan telefon saja.

"Menerusi rawatan maya itu, dia memulakan bacaan jampi serapah dengan bahasa asing, kemudian dia membaca ayat mirip al-Quran namun selepas beberapa ketika, saya dapati ia adalah ayat suci al-Quran namun dibaca dalam keadaan terbalik.

"Dia juga menyeru nama-nama dewa serta jin. Saya tidak sedap hati dan menjauhkan telinga daripada telefon dan membiarkan dia hingga selesai," katanya.

Susulan itu, Azman merujuk perkara itu kepada beberapa kenalan yang bertugas di jabatan agama dan mereka menyatakan bahawa tindakan membaca al-Quran secara terbalik adalah haram dan dilarang dalam Islam.

"Saya tidak menghubunginya malah dia juga tidak menghubungi saya lagi selepas sesi itu," katanya.
 
Apa lagi, hang pegi le try dulu......... Nanti suhaimi Saad menyusul
 
Kuala Lumpur: "Dukun lelaki itu membaca jampi serapah, ada dalam bahasa asing, bahasa Melayu termasuk beberapa potong ayat suci al-Quran yang dibaca secara terbalik.

Penunggang agama ke gini
 
Dukun Covid-19 itu menyatakan, caj untuk rawatan penyembuhan ialah RM250, caj untuk pendinding secara pakej dengan penyembuhan adalah RM450 manakala bagi perlindungan sepanjang masa, caj RM650 dikenakan.

Jaga pemakanan daripada sekarang
Lagi murah kos nya
 
mcm berita tulis sendiri je..takde proof gambar ke, video ke, rakaman ke..hanya bersandarkan cerita azman,45..
ingatkan mastika, rupanya harian metro..
 
Boleh caya ke Azman ni. Silap-silap dia pun terkena jugak, tapi malu nak ngaku.
 
Dari kena caj 650 baik telan ubat cacing
 
Back
Top
Log in Register