alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
SUBANG JAYA: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menjangkakan akan melaksanakan modul pendidikan seks yang dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Januari tahun hadapan.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah memberi taklimat kepada menteri terbabit pada penghujung bulan lalu selain sudah mengadakan dua siri perbincangan bersama sebelum ini.
Katanya, pihaknya menyambut baik cadangan itu namun akan memperhalusi lagi modul terbabit dari segi kandungan pengajaran serta pemilihan nama berikutan ia agak sensitif pada masyarakat di negara ini.
“Kita masih meneliti program itu secara lebih mendalam bagi memastikan tidak berlakunya pertindihan terhadap tiga modul pendidikan yang sudah dijalankan.
“Pemilihan nama yang sesuai juga akan dibuat kerana kita menyedari ia begitu sensitif terhadap masyarakat namun yang lebih penting adalah kandungan yang bakal diajar,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kontinjen Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sempena Kemerdekaan Ke-51 di Markas Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam.
Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah yang menyerahkan Jalur Gemilang kepada 660 pelatih dari enam buah kem PLKN sekitar negeri Selangor iaitu Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang, Kem PLKN Kuala Kubu Bharu, Kuala Kubu, Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat dan Kem PLKN Millenium, Beranang, Kem PLKN Setia Ikhlas, Semenyih dan Kem PLKN Princess Haliza, Sepang sebagai simbolik penyertaan mereka.
Menurut Abdul Hadi, pihaknya juga akan meneliti segala usul daripada pihak kementerian terbabit mengenai kandungannya sebelum keputusan akhir mengenai tarikh pelaksanaannya dibuat dan dirujuk kepada KSU.
korang jgn terkejut la kalo bulan januari depan aku tak lepak CG da..