Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
21.01.2019 - Putrajaya, Empat kementerian termasuk Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman akan bekerjasama dalam usaha menurunkan masalah gejala sosial serta membincangkan elemen Pendidikan Seks dalam mata pelajaran di sekolah.
Ia terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching hasil daripada mesyuarat pertama perbincangan dengan KPWKM mengenai Pendidikan Seks pihaknya mengenal pasti tiga aspek yang perlu dititik-beratkan iaitu murid, guru dan sekolah.
“Dari segi murid, kita akan mengkaji semula kurikulum sedia ada untuk pastikan ia dikemaskini dan cukup disamping menambah bahan tambahan yang boleh digunakan untuk pastikan mesej yang dihantar mengenai Pendidikan Seks ini dapat senang diterima oleh murid.
“Kedua kita akan pastikan kesemua 400 ribu warga pendidik sekolah menengah dan rendah mendapat informasi, latihan dan maklumat yang betul mengenai Pendidikan Seks agar mereka mendapat sokongan ketika menghadapi situasi ditanya oleh murid yang kadang-kala sukar untuk dijawab.
“Ketiga, kami akan bekerjasama dengan KPWKM, KDN, KKM dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kenal pasti sekolah dalam kategori ‘kawasan panas’ untuk perbanyakkan aktiviti di sana bagi menangani gejala sosial,” katanya kepada Astro AWANI di Putrajaya, pada Jumaat.
7.3% pelajar berumur 13 hingga 17 tahun ada pengalaman Seks
Mengulas lanjut, Teo berkata perkataan ‘seks’ cukup rumit kerana ia dianggap pantang larangn (taboo) dalam masyarakat negara ini dan mempunyai pelbagai pandangan namun pihaknya tidak boleh mengenepikan fakta kajian oleh KKM bahawa 7.3% pelajar berumur 13 hingga 17 tahun telah mempunyai pengalaman seks.
“Ini adalah realiti yang kita tidak dapat nafikan, KPM ada tanggungjawab untuk pastikan pelajar terima infomasi betul kerana sekarang ini terdapat banyak informasi salah diterima mereka melalui pelbagai saluran media sosial ketika ini.
“Kita bukan nak menggalakkan seks, tapi kita nak pastikan mereka berilmu untuk melindungi mereka dan kesihatan, sekarang kita hadapi banyak masalah seperti penderaan seksual kanak-kanak dan sebagainya kerana jika mereka sedar di usia lebih tua nanti, ia sudah terlambat,” jelasnya.
Pendidikan Seks Bukan Tanggunjawab KPM dan Guru Sahaja
Sementara itu, Timbalan Menteri KPWKM Hannah Yeoh berkata, mesyuarat kedua perbincangan mengenai Pendidikan Seks akan melibatkan KKM, KDN dan juga unit D11 dari Bukit Aman bagi mengetahui trend jenayah seksual yang berlaku.
“Kita juga akan memperkasakan peranan kaunselor di sekolah, kerana kemungkinan ada ramai pelajar yang tidak berani untuk tanya soalan kepada cikgu yang mengajar tetapi lebih suka kepada privasi dengan kaunselor kerana lebih selesa.
“Pendidikan seks juga merupakan tanggunjawab ibu bapa, kadang-kala kita tidak tahu menggunakan perkataan apa, berapa umur sesuai untuk kenalkan mengenai pendidikan seks kepada anak-anak jadi ibu bapa juga perlukan bimbingan, kita akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk luaskan perkara ini kepada ibu bapa.
Terdahulu, Hannah baru-baru ini turut menyatakan berdasarkan rekod dan statistik, sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks bebas.
Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...ermasuk-d11-bukit-aman-gembleng-tenaga-196479

![]()
Anak-anak perlu dibimbing supaya tidak terpengaruh dengan gejala bercinta di alam siber, pornografi dan kiriman pesanan serta gambar lucah secara elektronik. - Foto hiasan
![]()
Pakar Obstetrik dan Ginekologi dan Penyelaras Unit Perancangan Keluarga Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Harlina Halizah Siraj. - Foto Zulfadhli Zulkifli
![]()
Penulis dan pendakwah, Husna Hassan. - Foto NSTP
Terapkan pendidikan seks ikut kerangka Islam
FAKTOR perosak yang menjadi kunci kepada gaya hidup bebas dan penyebab meningkatnya kes keruntuhan akhlak remaja antara persepsi sering dimomokkan apabila dibangkitkan kepentingan pelaksanaan pendidikan seksualiti di sekolah.
Hakikatnya Islam tidak mendiskriminasi dan jauh sekali mengharamkan pendidikan seksualiti kerana agama ini mengiktiraf seks sebagai fitrah dalam kehidupan manusia.
Hakikat manusia dicipta dengan jantina berbeza sama ada lelaki atau perempuan dan mempunyai naluri hidup berpasang-pasangan, menjadikan ilmu seksualiti wajar diberikan perhatian supaya umat Islam tidak terjerumus dalam perilaku sumbang.
Bagaimanapun berbanding pendidikan seksualiti di Barat, kerangka yang dianjurkan Islam lebih menyeluruh dengan menekankan kewajipan menjaga kehormatan diri, adab dan perilaku yang bermula awal usia supaya peka terhadap batasan seperti terkandung dalam al-Quran dan hadis.
Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan dan memelihara kehormatan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa mereka kerjakan.” (An-Nur: 30)
Setiap Muslim yang mengakui beriman kepada Allah SWT diperintahkan menjaga setiap anugerah pancaindera hingga kepada melindungi maruah diri daripada dicemari perkara terkutuk, sekali gus bertentangan dengan ajaran agama.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi dan Penyelaras Unit Perancangan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Harlina Halizah Siraj, berkata salah faham terhadap pendidikan seksualiti menyebabkan ia dikaitkan sebagai menyimpang atau tidak diajar dalam Islam.
“Ramai yang masih tidak faham apa itu pendidikan seksualiti hingga ada yang menganggap jika anak-anak kita mempelajarinya, ia akan mengundang bahaya kerana mereka akan cuba menerokainya dengan lebih jauh.
“Islam mengiktiraf aspek seksualiti sebagai elemen penting dalam kehidupan yang perlu diatur
secara tersusun mengikut kerangkanya, barulah dapat melahirkan umat seimbang dna sejahtera
dalam batasan kebebasan tertentu.
“Malangnya, ada sesetengah masyarakat kita yang agak konservatif sehingga enggan membicarakan mengenainya. Bayangkan tanpa ilmu bagaimana kita mampu membimbing anak-anak yang semakin terhimpit dengan pelbagai pengaruh semasa seperti cinta di alam siber, pornografi dan kiriman pesanan serta gambar lucah secara elektronik (sexting),” katanya.
Beliau berkata, sikap dan mentaliti masyarakat terhadap seksualiti perlu diperbetulkan kerana ada yang melihatnya daripada sudut pandang terlalu ekstrim.
Sebahagiannya melihat ia sebagai kotor dan hina sehingga ke tahap dianggap merendahkan martabat manusia tetapi tidak kurang juga berfikiran liberal hingga melihat seks sebagai ekspresi diri untuk memperoleh kebebasan mutlak tanpa melalui ikatan pernikahan sah.
Bagi keluarga terutama ibu bapa yang mempunyai pengetahuan luas mengenai ilmu seksualiti berasaskan Islam, mereka mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, hubungan seksual suami isteri dapat berlangsung secara sihat, mereka juga tidak bersifat menghukum tetapi lebih kepada memberi bimbingan mengenai batas pergaulan, sentuhan yang dilarang khususnya bagi bukan mahram dan implikasi perhubungan seks di luar pernikahan.
Dr Harlina Halizah yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) berkata, ilmu seksualiti sebenarnya bersifat pembelajaran sepanjang hayat yang bukan hanya penting untuk kanak-kanak, bahkan perlu dikuasai semua peringkat usia.
Ia merangkumi aspek perkembangan seksual, kesihatan reproduktif, hubungan antara individu, kasih sayang, hubungan intim, imej diri dan peranan gender.
“Islam sendiri menganjurkan pendidikan ini dimulakan awal sebelum anak mencapai kesempurnaan kematangan seksual.
“Meremehkan pendidikan ini, mengundang bahaya seperti sukar membentuk akhlak anak, selain tidak mengetahui cara menyeimbangkan jiwa dan kehendak naluri seks serta bagaimana membebaskan diri daripada pengaruh nafsu seksual yang meluap-luap.
“Pada setiap peringkat umur ada pelbagai ilmu berkaitan seksualiti yang perlu difahami kerana wanita umpamanya akan mengalami perubahan pada awal usia ketika mula datang haid dan melalui fasa penting ketika lewat usia ketika putus haid, manakala bagi lelaki pula ada terdedah dengan masalah ereksi ketika usia lanjut,” katanya.
Justeru, amat penting untuk pendidikan seksualiti dilaksanakan secara berperingkat mengikut peringkat usia dan kematangan supaya boleh diterima, difahami dan dipraktikkan dengan baik mengikut ajaran Islam.
Dr Harlina Haliza berkata, mengikut buku Tarbiyatul Aulad fil Islam (Pedoman Pendidikan Kanak-kanak Menurut Islam) karangan cendikiawan Syria, Dr Abdullah Nasih Ulwan, terdapat empat peringkat utama untuk menerapkan pendidikan seksualiti dalam kalangan anak-anak.
“Pertamanya, pada peringkat tamyiz, iaitu seawal usia 7 hingga 9 tahun. Anak-anak wajar diberikan pendidikan dalam aspek batas pergaulan dan batasan penglihatan umpamanya dilarang mandi bersama bagi adik-beradik berlainan jantina.
“Kedua, peringkat murahaqah, iaitu 10 hingga 13 tahun. Ia fasa peralihan dan ada yang belum baligh dalam usia sebegini tetapi wajar diberitahu mengenai wujudnya nafsu dan bagaimana cara mengendalikannya.
“Ketiga, peringkat bulugh meliputi 14 hingga 16 tahun, mereka wajar diberikan ilmu pengenalan hubungan seksual hingga perlu diberitahu hubungan kelamin boleh berlaku dan boleh menyebabkan kehamilan pada golongan wanita,” katanya.
Tambahnya, peringkat terakhir yang tidak kurang penting untuk diberikan didikan sempurna ialah usia belia yang mula cenderung untuk mempunyai pasangan hidup hingga lebih banyak risiko boleh terjadi, sekali gus wajar diingatkan perhubungan seks hanya boleh berlangsung selepas berkahwin.
Mengulas mengenai kaedah pengajaran pendidikan seksualiti dalam kalangan anak-anak, Dr Harlina Haliza berkata, ia lebih sesuai diajar bermula di rumah oleh ibu bapa sendiri.
“Pendidikan seksualiti tidak sama seperti mana-mana subjek diajar di sekolah. Justeru, ia lebih wajar diajar di rumah, manakala sekolah hanyalah tempat untuk anak ini untuk mempraktikkan apa yang dipelajarinya.
“Sebagai contoh, anak-anak di sekolah iakan berjumpa dengan rakan yang berlainan jantina, jadi sekiranya mereka tahu batas sentuhan dan hubungan, sukar untuk terpengaruh khususnya melakukan perilaku sumbang.
“Justeru, ibu bapa terlebih dulu perlu mempunyai pemahaman jelas mengenai pendidikan seksualiti, barulah dapat membantu anak daripada pelbagai aspek terutama menguasai lima dimensi utama, iaitu fizikal, emosi, akal, sosial dan spiritual,” katanya.
Beliau turut menyarankan pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan khususnya dalam bentuk sekolah keibubapaan secara menyeluruh.
“Saya cadangkan sektor awam atau swasta mewajibkan kursus pendidikan seksualiti bagi setiap pekerja, sekurang-kurangnya mereka diberikan masukan keibubapaan mengikut modul latihan tertentu.
“Ia mestilah dibuat secara berperingkat iaitu ilmu keibubapaan yang asas, pertengahan dan lanjutan supaya setiap daripada kita mempunyai kemahiran untuk membimbing dan menguruskan keluarga dengan baik,” katanya.
Sementara itu, penulis dan pendakwah, Husna Hassan mempunyai pandangan selari supaya pendidikan seksualiti dilihat daripada sudut ilmiah.
“Sebenarnya ada beberapa perkara yang diketengahkan dalam pendidikan seksual mengikut perspektif Islam terutamanya menanam rasa malu dalam hati anak-anak.
“Ia benteng yang cukup kukuh dan utuh untuk sesiapa sahaja kerana malu juga sebahagian iman. Tidak akan ada Muslim yang akan melakukan maksiat sekiranya sifat malu menebal dalam diri.
“Malu dalam konteks ini melambangkan ketaatan kita kepada Allah SWT, apa sahaja suruhannya diikuti dan yang dilarang pula dihindari,” katanya.
Beliau turut memetik hadis yang memetik gambaran keperibadian Rasulullah yang berakhlak tinggi. Daripada Abu Said Al-Khudri yang berkata: “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu berbanding gadis pingitan.” (HR Bukhari)
Husna berkata, pendidikan seksual bukan bertujuan menggalakkan remaja melakukan seks bebas. Hakikatnya, masih ramai remaja naif ilmu seksual sehingga ke tahap masih ada tidak tahu hubungan seksual boleh menyebabkan kehamilan.
“Ilmu seksual antara salah satu mekanisme yang boleh memastikan objektif maqasid syariah, iaitu menjaga zuriat keturunan boleh dicapai dan dipelihara.
“Pendidikan seksual Islam boleh diterapkan antaranya dalam hal ibadat seperti kepentingan menjaga kebersihan alat kelamin, najis dan hadas.
“Selain itu, perlu diingatkan lelaki diharamkan daripada menyerupai wanita dan sebaliknya,” katanya.
Beliau turut menasihati masyarakat supaya mengelak budaya normalisasi dosa, iaitu tidak menganggap anak-anak berbuat perkara dosa sebagai lumrah kerana ia antara punca maksiat semakin meningkat dalam masyarakat.
Ibrah turut mendapatkan pandangan Mantan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Mohd Yasin Sulaiman yang melihat pendidikan seksualiti di sekolah tidak perlu diperkenalkan sebagai subjek baharu.
“Ia lebih baik diterapkan dalam subjek pendidikan Islam khususnya dalam komponen fiqh atau tafsir al-Quran.
“Penekanan kepada kepentingan menutup aurat, larangan mendekati zina dan kisah kaum Lut yang semuanya terdapat dalam al-Quran serta hadis.
“Misalnya dalam silibus taharah (bersuci), boleh diselitkan kesedaran HIV yang boleh dihidapi daripada penyakit sosial seperti seks bebas,” katanya.
Tambahnya, pendekatan pendidikan seksualiti dalam kerangka Islam berbeza dengan fahaman Barat yang hanya memfokuskan kepada hubungan seks semata-mata.
https://www.bharian.com.my/rencana/...apkan-pendidikan-seks-ikut-kerangka-islam?kd9