BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendidikan percuma peringkat universiti - Dr Maszlee

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
Maszlee_Malik_1571629740.jpg


MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ia sekali gus membolehkan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) itu akan ditunaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Pendidikan percuma kalau lihat di peringkat persekolahan (rendah dan menengah), memang tidak dikenakan bayaran yuran kepada murid sekolah dan itu dikira percuma.

"Apa yang dibincangkan (dalam manifesto) pendidikan percuma adalah di peringkat universiti.

“Selain itu, subsidi diberikan kerajaan, masih terdapat yuran minimum dibayar oleh pelajar (universiti) dan ini masih lagi di peringkat penelitian terakhir kita untuk melihat mekanisme terbaik.

"Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga tahun hadapan, kita akan cuba memastikan janji yang kita sebutkan itu, akan ditunaikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai status pendidikan percuma untuk pelajar seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung statistik pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Maszlee menjelaskan, jumlah deposit bagi tempoh Januari hingga September lalu adalah sebanyak RM475.6 juta.

Jumlah itu merekodkan peningkatan berbanding RM400.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

"Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mempunyai produk lain iaitu SSPN-i Plus yang dilancarkan pada tahun 2015 dan prestasinya turut menunjukkan trend peningkatan.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah deposit adalah sebanyak RM106 juta berbanding RM86 juta dalam tempoh sama tahun lalu dan RM31.6 juta untuk tahun 2017," katanya.


 
Baguih depa ni, dlm belanjawan x sebut psl. Ptptn, rupanya nk bagi percuma ye


Depa x nk mansuh tol sebab tahun depan keluar kereta terbang

P/s : keta terbang tu bagi mahathir dan kit siang test drive dulu ...... .... Bagi diorang rasa macam roller coaster ke tak
 
Baguih depa ni, dlm belanjawan x sebut psl. Ptptn, rupanya nk bagi percuma ye


Depa x nk mansuh tol sebab tahun depan keluar kereta terbang

P/s : keta terbang tu bagi mahathir dan kit siang test drive dulu ...... .... Bagi diorang rasa macam roller coaster ke tak
elok benar la....
 
Emmm, tunggu je la. Nak percaya pun macam awal sangat. Dari dulu asyik janji macam-macam, buat nyer tak. Buat dulu la kot, baru percaya.

Sebab dia kata benda nie boleh direalisasikan dalam 2,3 tahun, rasanya boleh masuk dalam manifesto pilihan raya akan datang nie. Macam dah boleh baca game dia nie...
 
Percuma apa yurab pibg sekolah2 pun xleh control....beza2 pastu xmsk lg sukan xmsk lg buat mkn2 sembang kari la menteri kt nie hahahaha
 
2-3 tahun lg, last² x smpt nk laksana smpi PRU 15 pastu dlm manifesto nt buh la pendidikan percuma sbb x smpt nk laksana :unsure:
 
Back
Top
Log in Register