BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapatan suku pertama TNB RM9.585 bilion

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg


image.jpg



KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan pertumbuhan pendapatan kumpulan sebanyak 5.0 peratus kepada RM9.585 bilion bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014, berbanding RM9.130 bilion dalam tempoh yang sama tahun kewangan lepas.

Syarikat gergasi utiliti itu berkata pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia bagi suku tersebut menyederhana sedikit berikutan musim perayaan.

"Bagaimanapun, ini dijangka meningkat dalam suku-suku akan datang sejajar dengan unjuran keluaran dalam negara kasar yang bertambah baik bagi 2014," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sejajar dengan itu, perbelanjaan operasi TNB meningkat sebanyak 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama dalam tahun sebelumnya manakala keuntungan operasi turun sebanyak 13.4 peratus kepada RM1.52 bilion daripada RM1.76 bilion sebelumnya.

"Ini sebahagiannya disebabkan oleh kos penjanaan tinggi daripada pembakaran gas asli cecair lebih mahal, dan apabila perlu minyak dan sulingan," kata syarikat itu.

Selain itu, bahagian kos bahan api mahal TNB meningkat daripada 33 peratus kepada 50 peratus yang menyebabkan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan menjadi lebih rendah pada 28.0 peratus berbanding 31.0 peratus dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Semasa suku tersebut, kumpulan mencatatkan kadar cukai efektif rendah, membawa kepada peningkatan 22.6 peratus dalam Keuntungan Bersih Diagih Kumpulan kepada pemegang saham.

Syarikat itu berkata kadar cukai efektif rendah itu adalah disebabkan pengiktirafan insentif elaun pelaburan semula tahun-tahun sebelumnya dan juga kesan sekali sahaja daripada pembalikan peruntukan cukai tertunda bagi mencerminkan pengurangan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 24 peratus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd berkata, pelaksanaan peraturan berasaskan insentif (IBR) baru-baru ini yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, akan merangsang kecekapan kos dan meningkatkan ketelusan dalam aspek prestasi operasi, kewangan dan teknikal syarikat itu.

"Kami komited untuk menampung peningkatan permintaan elektrik dan menyediakan bekalan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi harapan pengguna seperti yang digariskan di bawah Standard Prestasi Perkhidmatan Bekalan Elektrik TNB yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

"Tahap Perkhidmatan Terjamin dan Tahap Perkhidmatan Minimum telah dikenal pasti sebagai Petunjuk Prestasi Utama bagi Perkhidmatan Pelanggan di bawah rejim IBR," katanya dalam kenyataan itu.

Dengan pelaksanaan IBR, risiko kos bahan api dijangka dapat dikurangkan yang membawa kepada pendapatan lebih dapat diramal bagi TNB, kata syarikat itu.

Berdasarkan kepada prospek di atas, Lembaga Pengarah melihat potensi Tahun Kewangan 2014 kekal positif. - Bernama
 
akhir thn nie lg byk untung..sbb nk naikkn lg tarif lektrik...syarikat2 mcm nie sll
gah isytihar keuntungan berbilion..tp msih lg nk naikkan harga??? kununtungan mereka dr derita rakyat.
 
nnt ada la menterey yg akan kuar kan statement utk mengatakan kalau x naik tariff, tnb akan bengkrap... so nk x nak rakyat kena la tanggung kenaikan tariff... kenaikan tariff x dpt dielakkan....
 
Revenue naik...tapi kalo kos pung naik...akhirnya untung pung kurang....
 
Back
Top
Log in Register