BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai pendapat tentang PLKN

KISAH LAMA, TETAPI tetap berlaku. kita mmg senang lupakan sejarah

hehe sejarah tuh perkara yg lepas dah berlaku...Jadi move forward ler..buat perubahan & penambahbaikan hehe itu sahaja simple jer :)cgrock
 
plkn nie bgus..cube korg bukak minda skit..jgn nk cmpur aduk politik..if spupu tt ad mslah ksihtn laen la..klau xpndai bkwn,,time itu la kne bkwan..adoiii smpai bile nk cmtue xberubah???????
 
Remaja pertama gagal hadir PLKN dipenjara 14 hari
Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED

KANGAR 10 Mei - Seorang remaja yang merupakan tertuduh pertama dihadapkan ke mahkamah di negara ini kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Remaja yang berasal dari keluarga miskin di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis itu gagal membayar denda tersebut dan memilih untuk dipenjarakan.

Mahkamah tersebut turut memerintahkan remaja berusia 19 tahun itu yang mengaku bersalah di atas perbuatannya supaya mengikuti program PLKN selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman penjara dijalankan mulai hari ini.

Remaja berkenaan merayu agar hukuman ke atasnya diringankan atas sebab kemiskinan keluarga dan terpaksa membantu ibunya dengan bekerja sendiri.

Tidak ada kaum keluarga termasuk ibunya hadir di mahkamah sewaktu hukuman dijatuhkan ke atasnya.

Remaja tersebut tinggal bersama ibunya yang bertugas sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Wan Norzanuar memberitahu, hukuman itu dijatuhkan terhadap remaja terb a b i t selepas mengambil kira beberapa faktor.

Antaranya, kata beliau, penglibatan remaja dalam PLKN dipandang serius oleh kerajaan dan ia merupakan satu isu kepentingan awam yang mampu memupuk semangat cintakan negara.

Sebab-sebab lain, menurutnya, hukuman itu berlandaskan kepada peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada remaja yang tidak mampu untuk menghadirinya dengan mengemukakan borang pengecualian selain faktor umur remaja terb a b i t.

Beliau juga turut mengingatkan semua remaja di negara ini agar menjadikan kes yang pertama itu sebagai pengajaran supaya tidak ingkar dengan arahan dan seruan kerajaan.

Mahkamah turut menerima laporan akhlak remaja itu yang dikemukakan oleh Pegawai Akhlak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Wan Shuhairee Wan Salim.

Tertuduh yang memakai baju T berwarna biru dan berseluar jeans sepatutnya melaporkan diri ke kem PLKN di Kuala Nerang, Kedah pada siri pertama program itu 25 Julai tahun lalu.

Pada 17 Januari lalu, remaja terb a b i t dihadapkan ke Mahkamah Juvenil kerana sewaktu dipanggil menyertai program itu dia masih di bawah umur iaitu berusia 17 tahun lapan bulan.

Kes tersebut bagaimanapun dipindahkan ke Mahkamah Majistret berikutan tertuduh kini telah melebihi had umur juvenil.

Ini merupakan kes pertama memb a b i tkan sejumlah 4,269 peserta PLKN yang gagal melaporkan diri pada siri pertama latihan itu tahun lalu yang dihadapkan ke mahkamah.

Mereka yang tidak menghadiri program itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka juga perlu mengikuti program tersebut walaupun telah dijatuhkan hukuman seperti yang termaktub dalam Seksyen 18(2), akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza Mohamed Noordin manakala remaja terb a b i t hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam bela.

sepatutny benda ni xbole dipaksa, ad sesetgh org ad benda yg lebih penting dari g plkn ni.... den pon xtaw camana den bole selamat... bkn den sorag yo yg lari dari plkn time 2, den lari ngan membe den.... ad jgk timbul kerisauan takot2 jadi mcm kes kat atas, masak den nnt... :((
 
dari dia dok saja..dok manja cium ketiak mak pak dia..bagi jer dia p..bagi jaid org sikit.walaupon tak banyak..ada juga kebaikannya...insyallah dia selamat..
 
sepatutny benda ni xbole dipaksa, ad sesetgh org ad benda yg lebih penting dari g plkn ni.... den pon xtaw camana den bole selamat... bkn den sorag yo yg lari dari plkn time 2, den lari ngan membe den.... ad jgk timbul kerisauan takot2 jadi mcm kes kat atas, masak den nnt... :((

Ko tunjuk je video ustaz azhar, dia pun kata jgn pergi plkn.
Nak ikut ulamak ke nak ikut org jahil?
 
dari dia dok saja..dok manja cium ketiak mak pak dia..bagi jer dia p..bagi jaid org sikit.walaupon tak banyak..ada juga kebaikannya...insyallah dia selamat..

Kalo kn cabul mcm kes sebelum ni mcm mana bro?
 
Kalo kn cabul mcm kes sebelum ni mcm mana bro?

insyallah dapat elak..jangan ler dok sorang..jalan sorang..cuba lah elak.jangan tunggu kalau org nak cabul..lari ler..rasanya selepas jadi sesuatu..pengawasan n disiplin dipertingkatkan dah.. :)cgrock doa2 agar tiada apa2 berlaku.. :)paid
 
insyallah dapat elak..jangan ler dok sorang..jalan sorang..cuba lah elak.jangan tunggu kalau org nak cabul..lari ler..rasanya selepas jadi sesuatu..pengawasan n disiplin dipertingkatkan dah.. :)cgrock doa2 agar tiada apa2 berlaku.. :)paid

Baik dgr ckp ustaz azhar. Jgn pergi plkn
 
itu aku cakap utk kumpulan 3.. apa ko ingat nak ubah perangai manusia nih senang macam ubah bentuk kereta? even mak bapak dia yang dok jaga diaorang 18 tahun pun tak boleh nak ubah perangai.. apatah lagi 3 bulan... pakai la akal sikit... kat kem pun ada pengisian rohani.. ada modul keislaman.. pelatih diajar solat yg mana tak tahu, diajar mengaji quran.. diajar azan, qamat... baca yassin, fardhu ain... yang pandang yg buruk ja...

Dalam kem pun ada Seorang Ustaz, seorang Polis dan team medical..

ustaz azhar kata, KALAU BOLEH jangan pergi sebab dia berpendapat sebegitu.

aku cerita berdasarkan PENGALAMAN aku sebagai Jurulatih Multiskill kat PLKN selama 4 tahun.. dalam 4 tahun tu, Alhamdulillah, takde aku dapat pengalaman yg macam berita2 tuh....

Bro..ko berhujah dgn orang yg baghal smpai bila2 pon xkn abis sbb die ni kononnye nak berhujah tp aku tgk smua yg die posting sampah.xyah layan sgt.lgsg xde ciri2 doktor aku tgk.doktor ke? Mcm hampeh je.
 
Bro..ko berhujah dgn orang yg baghal smpai bila2 pon xkn abis sbb die ni kononnye nak berhujah tp aku tgk smua yg die posting sampah.xyah layan sgt.lgsg xde ciri2 doktor aku tgk.doktor ke? Mcm hampeh je.

moore tu emosional sikit.
tapi ada gak point yg baru saya tahu macam ustaz azhar pun tak bagi pergi plkn, ada orang kena cabul by jurulatih. saya setuju yg plkn ni banyak sgt kelemahan dia. jurulatih pun stpm, orang lulusan biasa je.
anyway, sepupu saya tak pergi plkn. dia kerja. dia pun bukan dari keluarga senang. kalo kerja dapat gak duit utk bekalan masuk u.
 
Back
Top
Log in Register