moore426559
Super Active Member

- Messages
- 9,098
- Joined
- May 11, 2012
- Messages
- 9,098
- Reaction score
- 895
- Points
- 111
hehe 2007 boss.. kisah lama, penambahbaikan sedang dilaksanakan & masih diperbaiki lagi..Tiada yang sempurna boss..ade kekurangan & kesilapan kita perbaiki![]()
Sunday, March 04, 2007
Hantuk Kepala
Berbelas ribu .. mungkin puluhan ribu sudah "grad' program latihan khidmat negara. 19 kematian, kecederaan banyak juga. Terbaru E.Prema, 18 tahun. Ibunya kata susah dia nak lepaskan 3 orang lagi anaknya untuk menyertai PLKN di masa akan datang. Ibu mana yang tidak serik?? Kalau dihantar jadi lain, kalau tak hantar disaman ke mahkamah pulak nanti.
Sehari selepas kematian Prema, seorang lagi anak gadis bakal hilang arah tujuan hidup dan cita-ita. Asilah Latin, 17 tahun patah tulang belakang ketika membuat latihan tekan tubi. Dia mungkin lumpuh dari kaki ke bawah.
Siapa pula selepas ni?
Baru sekarang PLKN nak timbang agar semua pesertanya jalani pemeriksaan kesihatan dulu sebelum ke kem. Kenapa baru sekarang terfikir? Sepatutnya dari dulu lagi syarat ni disertakan. Bukan selepas ramai yang mati baru tak senang tido memikirkan nasib peserta PLKN!
Sedangkan masuk universiti kena hantar laporan pemeriksaan kesihatan masa mendaftar, ini kan pula ke program yang memerlukan peserta membuat pelbagai aktiviti fizikal yang lasak. Tu belum latihan tembak-menembak. Adehhh ... penat betul memikirkan kenapa selalu begini. Dah terhantuk baru nak terngadah!! Elok dihentuk je kepala orang2 tua dalam PLKN tu ke dinding2 kem latihan PLKN!
Ingat anak-anak orang tu anak ayam ke? Sampai sekarang aku terfikir ... komputer PLKN jumpa tak secara "rawak" nama2 anak2 pak2 menteri2 dan yang sewaktu dengannya?!
dari http://izinnikb.blogspot.com/2007/03/hantuk-kepala.html