Remaja pertama gagal hadir PLKN dipenjara 14 hari
Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED
KANGAR 10 Mei - Seorang remaja yang merupakan tertuduh pertama dihadapkan ke mahkamah di negara ini kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Remaja yang berasal dari keluarga miskin di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis itu gagal membayar denda tersebut dan memilih untuk dipenjarakan.
Mahkamah tersebut turut memerintahkan remaja berusia 19 tahun itu yang mengaku bersalah di atas perbuatannya supaya mengikuti program PLKN selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman penjara dijalankan mulai hari ini.
Remaja berkenaan merayu agar hukuman ke atasnya diringankan atas sebab kemiskinan keluarga dan terpaksa membantu ibunya dengan bekerja sendiri.
Tidak ada kaum keluarga termasuk ibunya hadir di mahkamah sewaktu hukuman dijatuhkan ke atasnya.
Remaja tersebut tinggal bersama ibunya yang bertugas sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.
Ketika menjatuhkan hukuman, Wan Norzanuar memberitahu, hukuman itu dijatuhkan terhadap remaja terb a b i t selepas mengambil kira beberapa faktor.
Antaranya, kata beliau, penglibatan remaja dalam PLKN dipandang serius oleh kerajaan dan ia merupakan satu isu kepentingan awam yang mampu memupuk semangat cintakan negara.
Sebab-sebab lain, menurutnya, hukuman itu berlandaskan kepada peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada remaja yang tidak mampu untuk menghadirinya dengan mengemukakan borang pengecualian selain faktor umur remaja terb a b i t.
Beliau juga turut mengingatkan semua remaja di negara ini agar menjadikan kes yang pertama itu sebagai pengajaran supaya tidak ingkar dengan arahan dan seruan kerajaan.
Mahkamah turut menerima laporan akhlak remaja itu yang dikemukakan oleh Pegawai Akhlak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Wan Shuhairee Wan Salim.
Tertuduh yang memakai baju T berwarna biru dan berseluar jeans sepatutnya melaporkan diri ke kem PLKN di Kuala Nerang, Kedah pada siri pertama program itu 25 Julai tahun lalu.
Pada 17 Januari lalu, remaja terb a b i t dihadapkan ke Mahkamah Juvenil kerana sewaktu dipanggil menyertai program itu dia masih di bawah umur iaitu berusia 17 tahun lapan bulan.
Kes tersebut bagaimanapun dipindahkan ke Mahkamah Majistret berikutan tertuduh kini telah melebihi had umur juvenil.
Ini merupakan kes pertama memb a b i tkan sejumlah 4,269 peserta PLKN yang gagal melaporkan diri pada siri pertama latihan itu tahun lalu yang dihadapkan ke mahkamah.
Mereka yang tidak menghadiri program itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mereka juga perlu mengikuti program tersebut walaupun telah dijatuhkan hukuman seperti yang termaktub dalam Seksyen 18(2), akta yang sama.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza Mohamed Noordin manakala remaja terb a b i t hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam bela.