BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakwaraya Jual Pil Ecstasy

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
Dua pendakwa raya wanita di Indonesia ditangkap kerana didakwa menjual beratus- ratus pil ekstasi.

Esther Thanak, 40, dan Dara Veranita, 37, ditahan semalam dalam skandal terbaru yang menggegarkan pejabat Peguam Negara Indonesia.

"Kami sedang menimbangkan untuk menggantung mereka daripada tugas.

"Adalah sangat dikesali perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan kami sedang berusaha untuk memulihkan imej pejabat Peguam Negara," kata jurucakap pejabat itu, Jasman Pandjaitan hari ini.

Kedua-dua wanita dituduh menjual 343 pil ekstasi kepada seorang pengedar dadah, lapor agensi berita rasmi Antara.

Walaupun diharamkan di Indonesia, pil ekstasi boleh didapati secara meluas di kelab malam di seluruh Jakarta.

Seorang pendakwa raya dihukum penjara 20 tahun dan beberapa lagi diturunkan pangkat pada tahun lepas kerana peranan mereka dalam skandal rasuah yang melibatkan seluruh pejabat Peguam Negara.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berjanji untuk membersihkan Indonesia daripada reputasinya sebagai sebuah negara paling korup di dunia, semasa beliau dipilih pada 2004.

Namun begitu beliau akan bertanding semula untuk merebut jawatan Presiden pada pilihan raya Julai ini dengan rekod pencapaian yang bercampur-campur. - AFP
 
engatkn dey all jual kt pesakit2 parkinson jerk. :-?:-?
 
kalau dah pendakwaraya camtu....apajadi dengan sistem kehakiman itu....hmmmm
 
Pendakwaraya yang teringin sangat nak rasa macam mana rasa bila didakwa :)):))
 
Back
Top
Log in Register