BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakwa raya ditembak dalam mahkamah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


MUNICH - Seorang ahli perniagaan yang didapati bersalah kerana menggelapkan wang menembak mati seorang pendakwa raya, semasa keputusan kes itu sedang dibaca di sebuah mahkamah Jerman, kelmarin.

Tertuduh berumur 54 tahun melepaskan beberapa das tembakan ke arah pendakwa raya tersebut menggunakan pistol miliknya semasa hakim sedang membacakan keputusan kes, menurut polis Jerman.

Dua saksi yang berada di dalam bilik mahkamah itu kemudian bergelut dengan tertuduh bagi mengawalnya sebelum dia ditahan dan lelaki itu kini didakwa atas tuduhan membunuh.

Pendakwa raya berumur 31 tahun itu baru sahaja mula bekerja di mahkamah tersebut dan dia meninggal dunia di hospital. -Reuters

sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/pendakwa-raya-ditembak-dalam-mahkamah-1.17970
 
eh, keselamatan ape ni.. tak kan makamah leh bawak pistol..
securiti kat situ haprak tul
 
Pendakwa raya berumur 31 tahun itu baru sahaja mula bekerja di mahkamah tersebut dan dia meninggal dunia di hospital. -Reuters

sadis nye
 
Back
Top
Log in Register