BTC USD 80,308.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri dicekup

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Pencuri dicekup


GEORGETOWN: Kegiatan sekumpulan lelaki yang selama ini ‘menyeludup’ keluar papan litar mengandungi mikrocip bernilai tinggi terbongkar apabila mereka ditahan polis dalam beberapa serbuan di sekitar Seberang Prai, sejak dua minggu lalu.

Dalam serbuan itu, polis menahan sembilan individu dipercayai terbabit dalam kegiatan membawa keluar papan litar berkenaan daripada sebuah kilang multinasional selepas menerima dua aduan daripada kakitangan kilang itu.


Difahamkan, kumpulan lelaki terbabit bukan calang-calang penjenayah kerana mereka melarikan mikrocip bernilai RM2.6 juta daripada kilang terbabit sebelum kakitangan kilang membuat laporan polis awal Jun dan Julai lalu.

Setakat ini, siasatan polis hanya menemui kembali dua papan litar terbabit setiap satunya bernilai RM80,000 dan masih menyiasat kehilangan hampir 30 lagi papan litar berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, susulan dua laporan dibuat, polis berjaya menahan sembilan lelaki berusia 30 dan 40-an.


“Hasil siasatan juga mendapati sindiket ini didalangi ‘orang dalam’ dan pemeriksaan kemudian membawa kepada penemuan dua papan litar disimpan di rumah seorang suspek di Bukit Mertajam.

“Setakat ini, tiga daripada suspek terbabit akan dituduh manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan dan kami masih menjalankan siasatan untuk mencari baki papan litar terbabit,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pencuridicekup/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register