BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Moyang 101 tahun dicekup jual ganja

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Moyang 101 tahun dicekup jual ganja​

moyang-ganja-ragam.jpeg

Ogunmabo ditahan kerana menjual ganja kepada penduduk tempatan di negeri Ogon, barat daya Nigeria. - X

ABUJA – Seorang warga emas berusia 101 tahun di barat daya Nigeria ditahan selepas didakwa menjual ganja, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Suspek bernama Esther Ogunmabo berstatus  moyang itu, diberkas di negeri Ogun, baru-baru ini, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan (NDLEA).

Pengarah Media NDLEA, Femi Babafemi berkata, suspek diberkas bersama beberapa paket kecil berisi ganja seberat 90 gram untuk dijual kepada penduduk tempatan.

Suspek memberitahu polis bahawa dia menjual dadah selepas kedai runcit miliknya musnah dalam kebakaran.

NDLEA mengesahkan Ogunmabo dibebaskan dengan ikat jamin, manakala anak perempuannya turut ditahan.

“Salah seorang anak perempuan Ogunmabo yang tinggal di Lagos menghantar bekalan narkotik kepadanya setiap empat hari sebelum dijual semula dalam kuantiti kecil kepada penduduk,” kata NDLEA.

Ketua Eksekutif NDLEA, Mohamed Marwa berkata, suspek dibenarkan ikat jamin dan diberikan kaunseling kerana usianya yang lanjut. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register