BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penculik sengkek minta RM400

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PARIT BUNTAR: Seorang penjenayah yang menyamar anggota polis bersama tiga rakan termasuk seorang wanita ditahan polis pada hari sama mereka menculik seorang pelancong wanita warga Vietnam dan menerima wang tebusan RM400 bagi membebaskan mangsa, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata wanita Vietnam itu diculik kira-kira jam 2 pagi ketika keluar dari premisnya selepas bertengkar dengan teman lelakinya di Taman Damai, di sini, pada 27 Jun lalu.

“Sebaik keluar rumah, seorang lelaki lain tiba-tiba datang dan memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta sebelum memecut ke arah yang tidak diketahui.

“Tidak lama kemudian, teman lelaki wanita Vietnam itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan meminta wang tebusan RM400 untuk membebaskan mangsa,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa membayar wang tebusan itu kepada seorang lelaki di sebuah restoran di Parit Buntar kira-kira jam 6 pagi hari sama dan tidak lama kemudian ‘anggota polis’ itu menelefonnya mengatakan teman wanitanya sudah dibebaskan dan berada di lokasi tertentu.

Mat Fauzi berkata, selepas lelaki itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Parit Buntar pada jam 4 petang, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kerian, Asisten Superintendan Zaidi Abd Rahman berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 30-an di Parit Buntar, tidak lama kemudian.

Beliau berkata, semua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 385 iaitu melakukan pemerasan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Katanya, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 170 kanun sama iaitu menyamar sebagai penjawat awam yang membawa hukuman penjaea maksimum dua tahun atau penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai jangan mudah terpedaya dengan individu yang mengaku anggota polis dan hendaklah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7215222 terlebih dahulu bagi memastikan sesuatu dakwaan itu benar atau palsu,” katanya.
 
dorang ingat mintak RM400 dorang bole lepas ker dgn pihak polis.. memang silap percaturannyer kalu betul dorang fikir macam tu.. jenayah tetap jenayah walaupun RM3 jer yang dia mintak utk tebusan.. syukurla dok dkt malaysia.. macam2 peluang pekerjaan yang ada kalu kita betul2 mau rezeki yang halal selain dari menculik orang..
 
penculik pun ada hati perut.. dia kesian kat orang yang kene culik tu tak mampu.. RM400 pun 400 laa. asal barang jadik duit kot.
 
kenapa still nak menyamar jadi polis...??? at least kalau kena tangkap pon xde la kena kena masuk kes lain lak...tak paham tul..
 
Ades..... ini macam pun ada ka.....
 
Back
Top
Log in Register