strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Kuala Lumpur: Minta wang tebusan RM60,000 namun hanya dapat RM90. Itu nasib dialami empat lelaki selepas dua mangsa yang diculik mereka sebelum disembunyikan di dalam hutan di Hulu Langat berjaya menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan orang awam.
Orang awam yang dimaklumkan kejadian itu kemudian bertindak menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke sebuah klinik di Batu 14 Hulu Langat selepas salah seorang cedera di tangan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber, sebelum diculik, kedua-dua mangsa yang berusia 20-an berada di Jalan Bangsar, di sini apabila tiba-tiba muncul empat lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memaksa mangsa masuk ke dalam van dipandu mereka, pada jam 2.30 petang.
“Sebaik masuk ke dalam van, lelaki terbabit kemudian menutup mata mangsa dengan kain dan merampas telefon bimbit dianggarkan bernilai RM90.
“Suspek itu kemudian membawa mangsa ke dalam hutan di Hulu Langat sebelum memukul mereka,” katanya.
Sumber berkata, ketika berada dalam tawanan, suspek menghubungi salah seorang bapa mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM60,000.
“Kedua-dua mereka yang ketakutan merayu dilepaskan dan tidak dicederakan namun lelaki berkenaan memberitahu hanya akan membebaskan mangsa sebaik wang tebusan dimiliki mereka.
“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum salah seorang mangsa cedera akibat terkena senjata tajam di tangan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MintaRM60_000dapatRM90/Article/index_html