balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Dua beradik selesai membuat laporan polis dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
< 1 / 1 >
IPOH - Dua penarik kereta cedera di beberapa bahagian badan akibat dibelasah pemilik sebuah pacuan empat roda bersama enam lelaki lain di Persiaran Greentown, Pusat
Perdagangan Greentown, di sini, kelmarin.
Sinar Harian difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun itu telah menahan pemilik kereta jenis Toyota Hilux yang berusia 30-an.
Pada awalnya, mangsa menunjukkan surat kuasa untuk menarik kereta terbabit yang mempunyai hutang ansuran yang tertunggak selama 17 bulan dengan sebuah bank di Kuala Lumpur
Bagaimanapun, mangsa dipukul bersama enam rakan pemilik kereta terbabit yang turut berada di lokasi kejadian.
Kedua-dua mangsa mendakwa mereka dipukul dengan kayu dan batang besi di keseluruhan badan berulang kali.
Adik mangsa berjaya melarikan diri dan menyorok dalam salah sebuah premis berhampiran manakala, abangnya sempat menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Sepasukan polis dan berjaya meleraikan pergaduhan dan menangkap kesemua suspek sebelum di bawa ke Balai Polis Sungai Senam untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/penarik-kereta-cedera-dibelasah-1.230484