kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Peningkatan kes buli siber, pengantunan kanak-kanak (child grooming) dan penyebaran kandungan memudaratkan telah mencetuskan desakan agar akses media sosial ditangguhkan kepada individu berusia bawah 16 tahun.
Pakar psikologi dan aktivis kebajikan kanak-kanak menyifatkan risiko berkenaan bukan lagi insiden terpencil, sebaliknya menjadi corak membimbangkan yang menunjukkan mekanisme perlindungan sedia ada gagal menandingi kepesatan operasi platform digital.
Pengasas Yayasan Chow Kit Hartini Zainudin berkata kelemahan perlindungan dan kurangnya kebertanggungjawaban menyebabkan kanak-kanak, khususnya daripada golongan rentan terdedah kepada risiko lebih tinggi ketika melayari Internet.
"Isu utamanya bukan sekadar kanak-kanak berada dalam talian, tetapi bagaimana platform itu direka bentuk. Walaupun media sosial boleh menjadi ruang sokongan, persekitaran operasinya yang memaksimumkan penglibatan sering mengabaikan aspek keselamatan. Jika kemudaratan berlaku secara meluas, ia adalah kegagalan sistem," katanya, baru-baru ini.
Data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan sebanyak 8,399 aduan buli siber direkodkan dari 1 Jan hingga 1 Nov 2024, atau purata 27 kes sehari.
Selain itu, laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menunjukkan antara 1 Jan 2022 hingga 15 Feb 2026, sebanyak 1,578 permintaan telah dibuat untuk menurunkan kandungan melibatkan kanak-kanak, dengan 96 peratus daripadanya berjaya dipadamkan.
Mengulas statistik itu, Hartini menyifatkan angka yang tinggi berkenaan sebagai cerminan masalah struktur yang mendalam, iaitu tindakan sering diambil hanya selepas kerosakan berlaku.
"Kesedaran sahaja tidak cukup. Kita meletakkan beban tanggungjawab yang terlalu tinggi kepada kanak-kanak dan ibu bapa, berbanding kepada sistem itu sendiri," tegasnya.
Sementara itu, wakil Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (MSCP) Joel Low berkata akses meluas media sosial yang sudah membebankan golongan dewasa kini turut memberikan kesan psikologi yang nyata terhadap pengguna muda.
Penangguhan Akses Media Sosial Bagi Kanak-kanak Elak Kemudaratan
MCMC, kanak-kanak, buli siber, media sosial, kesel