BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penagih pukul bapa

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN 22 Okt. - Gara-gara tidak diberi wang belanja, seorang penagih dadah sanggup memukul bapanya menggunakan penyapu selain cuba menyerang mangsa dengan parang di Kampung Nenasi, Pekan semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang, ketika penagih berusia 28 tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan khayal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha berkata, lelaki itu dipercayai khayal selepas baru sahaja menghidu gam. Dia tiba-tiba mengamuk sebaik sahaja ditegur oleh bapanya yang berusia 55 tahun.

"Suspek dikatakan mengambil sebatang penyapu lalu memukul kaki bapanya menyebabkan mangsa yang merupakan seorang nelayan terjatuh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

Jelas beliau, satu pergelutan berlaku antara dua beranak itu sehingga menarik perhatian jiran mereka yang terdengar bunyi bising.

"Suspek segera keluar dari rumah apabila beberapa jirannya campur tangan untuk meleraikan pergaduhan terbabit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian, suspek dipercayai pulang semula dengan membawa sebilah parang dan cuba menyerang bapanya menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri ke balai polis dan membuat laporan, katanya
 
kasi masuk penjara 3-4 puloh tahun ajer
 
Back
Top
Log in Register