BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penagih Ditahan Ragut Warga Emas

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836

Penagih ditahan ragut warga emas​

13 Mac 2023 02:06pm

2125020.jpg


Peragut ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri.


KOTA BHARU - Seorang penagih dadah ditahan dalam cubaan meragut peniaga warga emas di Jalan Padang Kelochor, Kota Bharu kira-kira jam 7.15 petang Sabtu.

Suspek yang berusia 34 tahun didapati positif methamphetamine selain mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian suspek bersama rakannya bermotosikal dan meragut seorang peniaga yang sedang menutup pintu kedainya.

"Mangsa berusia 62 tahun itu didatangi suspek yang terus bertindak meragut dua beg yang dipegangnya.

"Akibatnya, mangsa terjatuh di hadapan kedai dan mengalami kecederaan manakala suspek terus memecut motosikal tetapi berselisih dengan sebuah kereta," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, penunggang motosikal hilang kawalan menyebabkan dua suspek itu terjatuh.

Tambah beliau, orang awam yang berada di tempat kejadian bertindak menahan seorang daripada suspek manakala seorang lagi melarikan diri.

Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.


 
Suspek 1

1. Lelaki
2. 34 tahun
3. Penagih dadah
4. Positif methamphetamine
5. Mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik

Suspek 2

1. Berjaya larikan diri

Mangsa

1. Wanita
2. 62 tahun
3. Peniaga
4. Alami kecederaan
 
Jgn risau kerajaan akan bela jgn risau hisap lg dadah ya hehehe
 
Jgn risau kerajaan akan bela jgn risau hisap lg dadah ya hehehe

Berita terkait katanya 😄

 
Berita terkait katanya 😄

Ya tetap sekali hak asasi penagih dadah memang kt kena jaga betoi2 hehehe
 
Back
Top
Log in Register