ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ismail Mohamed Said
TEMERLOH 16 Ogos - Sayap-sayap UMNO perlu le- bih proaktif menjawab segala fitnah, tomahan dan serangan ditujukan terhadap pemimpin bagi mengelakkannya menjadi barah yang boleh menjejaskan parti dan negara.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sayap parti itu seperti Pergerakan Pemuda UMNO perlu menunjukkan taring bagi membela pemimpin bagi mengelakkan persepsi negatif bahawa mereka lemah dan pengecut menghadapi serangan pembangkang.
Beliau berkata, mereka perlu berani, bangkit dan bersedia berhujah bagi menjawab serta mematahkan segala tomahan dan fitnah yang kini dilihat berada pada tahap melampau.
“Tohmahan tersebut jika tidak dijawab pasti akan menyebabkan rakyat mudah percaya dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah yang menjejaskan parti dan negara,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau yang dirasmikan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Shahar Abdullah di sini semalam.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, dalam menuju Wawasan 2020, semua pihak harus memberi tumpuan kepada isu lebih besar bagi memajukan rakyat dan negara berbanding membangkitkan perkara tidak memberi faedah.
Katanya, dalam sebarang isu berbangkit, semua pihak harus bertenang dan men- yerahkannya kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.
Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Kuala Krau dan Dewan Undangan Negeri Jengka di di Maran kelmarin, beliau berkata, rakyat perlu menyerlahkan semangat jati diri dalam menghargai dan mempertahankan keamanan serta kemajuan dinikmati negara daripada unsur negatif yang boleh menggugatnya.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, kewujudan dan penggunaan media sosial secara berleluasa mengundang fenomena fitnah dan penyebaran maklumat tidak tepat dan khabar angin yang boleh menjejaskan keamanan negara.
Katanya, komentar tidak beradab terhadap pemimpin dan kerajaan dalam aplikasi WhatsApp, Facebook dan lain-lain boleh me- nimbulkan perasaan kurang selesa dalam kalangan rakyat.