BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda selamba rompak bank

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an dengan lagak bersahaja mengambil masa tidak sampai 40 saat untuk merompak sebuah bank, di Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.45 petang tadi, suspek memasuki bank itu dan terus meluru ke kaunter lalu membuka topi keledar dan menyerahkan sebuah beg kosong sambil menunjukkan sebuah objek berwarna hitam seperti pistol di celah bajunya.

"Petugas kaunter yang tergamam itu terus memasukkan wang hampir RM13,000 ke dalam beg itu.

"Suspek dengan bersahaja terus meninggalkan bank itu seolah-olah tiada apa-apa kejadian yang berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek telah dikenalpasti melalui rakaman televisyen litar tertutup dalam kejadian yang pertama kali menimpa bank itu.

Katanya, polis percaya suspek mempunyai rakan subahat yang sedang menunggu di luar dan mereka melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

berita harian online news.
 
pak guard mana??? bawa topi keledar masuk dalam bank...
 
pak guard tidoq tu..aku nk masuk atm CIMB kt kangaq pakai helmet pun pak guard dh teguq.lg sekaki tu nk sampai pintu CIMB bukan dh masuk lg.
 
Back
Top
Log in Register