feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda berlagak samseng apabila memaki hamun anggota polis bertugas dengan menjerit ‘polis *****’ dan ‘menatang polis gila’ selain enggan memberi kerjasama ketika ditahan, dalam satu kejadian di hadapan sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Tunggal, di sini, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu berlaku semasa sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
“Ketika itu, anggota terserempak dengan seorang lelaki mencurigakan (suspek) di depan rumah dan menghampirinya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Bagaimanapun, sebaik memperkenalkan diri dan semasa hendak memulakan pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku sedikit pergelutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Abdul Halim berkata, dalam pergelutan itulah, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat.
“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama kemudian sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kata Abdul Halim, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun dari RAKR Bukit Tunggal, di sini, tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
Katanya, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang menjalankan tugas.